Bengkel HalaTuju Tahun 2018

20 Disember 2017, Rabu - Bengkel Hala Tuju Tahun 2018 SMA Maarif, Besut diadakan hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. 

Majlis Penyampaian Keputusan PT3 Tahun 2017

14 Disember 2017, Khamis - Majlis Penyampaian Keputusan PT3 Tahun 2017 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar, SMA Maarif. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Ismail, Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pendidikan) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Ujian Kemasukkan Tingkatan Satu Tahun 2018

4 Disember 2017, Isnin - Ujian Kemasukkan Tingkatan Satu Tahun 2018 ke SMA Maarif telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar dan beberapa bilik darjah.

Jamuan Kelab Warga 2017

26 November 2017, Ahad - Jamuan Kelab Warga, SMA Maarif, Besut telah diadakan pada hari ini bertempat di Hotel Primula, Besut.

Jamuan Kesyukuran

22 November 2017, Rabu - Satu majlis kesyukuran diadakan bertempat di Bilik ERT, SMA Maarif.

Peperiksaan PT3 2017

9 Oktober 2017, Isnin - Peperiksaan PT3 2017 telah diadakan pada 9 - 12 Oktober 2017 bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar.

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin PT3 2017

5 Oktober 2017, Khamis - Satu Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin PT3 2017 telah diadakan pada pagi hari ini bertempat di Dataran Perhimpunan sekolah. Majlis ini dihadiri oleh guru-guru, ibu-bapa dan semua calon PT3 2017.

Penyelia Asrama Meninggal Dunia

9 September 2017, Sabtu - Warga SMA Maarif menerima satu khabar duka. Encik Wan Azmi bin Mohamad, Penyelia Asrama Kanan telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.50 malam, 8 September 2017 di Hospital Daerah Besut, Jerteh. Jenazah beliau telah disembahyangkan di kediamannya di Lot 3271, Jalan Komuniti Sukan, Kampung Gong Kemuntong, 22000 Jerteh. Jenazah allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam berdekatan dengan Masjid Hadhari, Jerteh.

Majlis Meraikan Persaraan Cikgu Mahani

6 September 2017 (Rabu) - Majlis Meraikan Persaraan Cikgu Mahani binti Abu Bakar telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar, SMA Maarif, Besut.

Kursus Penyembelihan Haiwan Tahun 2017

6 September 2017 (Rabu) - Kursus Penyembelihan Haiwan Peringkat Sekolah Tahun 2017 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Makan ASPURI, SMA Maarif, Besut. Kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah dihadiri guru-guru dan 151 orang pelajar tingkatan empat.

PdPc Menggunakan Program FROG VLE

23 Ogos 2017, Rabu - Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) menggunakan FROG VLE telah dijalankan pada hari ini bertempat di Makmal Komputer. Seramai 32 orang murid tingkatan 4Nasaie telah diberi peluang untuk menggunakan program ini. Mereka dibimbing oleh Cikgu Razak bin Abd Rahman. Mereka dibimbing untuk menggunakan "FrogPlay". Mereka kelihatan teruja dan seronok menjawab soalan-soalan "Quizzes" untuk mata pelajaran Matematik.

Lawatan Pemantauan dan Bimbingan Jemaah Nazir KPM 2017

20 Ogos 2017, Ahad - SMA Maarif, Besut telah didatangi oleh lima orang jemaah nazir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk Lawatan Pemantauan dan Bimbingan tahun 2017. Lawatan pemantauan dan bimbingan diadakan selama tiga hari (20 - 22 Ogos 2017) meliputi semua bahagian.

Agihan Kek Hari Lahir

10 Julai 2017, Isnin - Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini mengadakan satu program pengagihan kek hari lahir kepada murid-murid yang lahir pada bulan Mac, April, Mei dan Jun.

USRAH BADAR

9 Julai 2017, Ahad - Program Usrah Badar diadakan pada jam 7.30 - 8.30 pagi bertempat di Dataran Ilmu. Semua murid terlibat dalam program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sumur dan Badar sekolah ini. Tajuk usrah hari ini ialah Rebut Lima Kesempatan. 

Perkhemahan Unit-Unit Beruniform Tahun 2017

6 Julai 2017, Khamis - Perkhemahan Unit-Unit Beruniform Tahun 2017 sekolah ini telah diadakan pada 6 - 8 Julai 2017 (Khamis - Sabtu) bertempat di Kem Seri Keluang, Besut.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1438H

6 Julai 2017, Khamis - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1438H peringkat sekolah ini telah diadakan pada hari ini. Sambutan amat meriah dengan semua guru, kakitangan dan murid memakai baju raya masing-masing. Pakaian yang berwarna-warni menyerlahkan lagi kemeriahan dan keceriaan sambutan pada tahun ini. Majlis bertambah meriah apabila Yang Berbahagia Tuan Haji Lothman bin Awang, Ketua Penolong Pesuruhjaya, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu turut hadir.

Program Jom Manfaatkan Masa

2 Julai 2017, Ahad - Majlis Pelancaran Jom Manfaatkan Masa Peringkat SMA Maarif, Besut diadakan pada hari ini bertempat di Medan Ilmu. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua sekolah ini.

Iftar Jamaie 1438H

21 Jun 2017, Rabu - Majlis Iftar Jamaie (berbuka puasa) 1438H diadakan pada petang ini bertempat di Dewan Makan ASPURI. Majlis ini dihadiri oleh tetamu jemputan, guru, kakitangan dan murid yang tinggal di asrama.

Majlis Khatam al-Quran 1438H/2017M

21 Jun 2017, Rabu - Majlis Khatam al-Quran 1438H/2017M peringkat SMA Maarif, Besut diadakan pada jam 11.30 pagi hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar.

Ujian Pentaksiran Kompetensi, Literasi Sains Matematik dan Bahasa 2017 (Hari Kedua)

20 Jun 2017, Selasa - Ujian Pentaksiran Kompetensi, Literasi Sains Matematik dan Bahasa (PKLSMB) bagi SMA Maarif diteruskan pada hari ini. 

Kumpulan 3 (08.15 - 10.00 Pagi)

Malaysia #QuranHour

19 Jun 2017, Isnin - Program Malaysia #QuranHour dijalankan di seluruh negara dari jam 12.00 - 1.00 petang hari ini. SMA Maarif tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam program yang amat bermanafaat ini. Semua guru dan murid mengambil bahagian.

Ujian Pentaksiran Kompetensi, Literasi Sains Matematik dan Bahasa 2017 (Hari Pertama)

19 Jun 2017, Isnin - Ujian Pentaksiran Kompetensi, Literasi Sains Matematik dan Bahasa (PKLSMB) bagi SMA Maarif diadakan pada hari ini. Ujian yang dijalankan secara atas talian ini melibatkan 30 orang murid tingkatan dua dan tiga pada setiap sesi. Seramai empat orang guru pengawas/pemeriksa diberi tanggungjawab untuk memastikan ujian ini berjalan dengan lancar.

Pemantauan Pengurusan ICT, PSS dan Media Pendidikan PKG Raja 2017

18 Jun 2017, Ahad - Pemantauan perkara-perkara tersebut di atas telah diadakan pada hari ini bermula jam 12.00 tengahari. YM Tuan Mohd Shafie bin Tuan Ismail, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Raja telah hadir sebagai Pegawai Pemantau.

Ceramah Nuzul al-Quran 1438H

11 Jun 2017, Ahad - Satu Ceramah Nuzul al-Quran 1438H telah diadakan pagi hari ini bertempat di Medan Ilmu, SMA Maarif. Ceramah yang penuh bermakna ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rosli bin Ismail, Pensyarah IPGM Kampus Sultan Mizan, Besut. Semua guru dan pelajar menghadiri ceramah yang bermula pada jam 8.00 pagi ini.

Majlis Solat Hajat, Temu Murni dan Restu Ilmu Pelajar Pra-U Penggal 2 2017

18 Mei 2017, Khamis - Satu majlis yang disertai oleh guru, ibu bapa dan pelajar Pra Universiti diadakan bermula jam 7.30 pagi hari ini bertempat di Musalla Perempuan. Majlis yang merupakan acara tahunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua SMA Maarif.

YB Abe Adi Sambut Hari Guru Bersama Warga SMA Maarif

16 Mei 2017, Selasa - YB Tuan Haji Mohd Mahdi bin Musa (lebih mesra dengan panggilan Abe Adi), ADUN Kota Putera telah sudi datang untuk memeriahkan Sambutan Hari Guru Tahun 2017 bersama dengan warga SMA Maarif. Kedatanngan Abe Adi pada jam 7.30 pagi telah disambut oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua, Kumpulan Pengurusan dan guru-guru. Acara dimulai dengan perarakan masuk ke kawasan sekolah. Abe Adi telah berkenan untuk memotong reben di pintu utama sekolah. Kemudian, semua yang hadir menunaikan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat di medan perhimpunan.

Majlis Perasmian Penutup Minggu Haluan Siswa Pra Universiti 2017/2018

11 Mei 2017, Khamis - Majlis Perasmian Penutup Minggu Haluan Siswa Pra Universiti 2017/2018 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat sekolah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Ismail, Penolong Pesuruhjaya, Hal Ehwal Murid, Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu.

Pertandingan Program Pengukuhan Bahasa Arab Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan 20017 Zon B

11 Mei 2017, Khamis - Pada hari ini, SMA Maarif, Besut telah menjadi tuan rumah program di atas. Sebanyak lima buah sekolah mengambil bahagian. Sekolah tersebut ialah SMA Maarif, Besut, SMA Ittifakiah, Jerteh, SMA Setiu, Setiu, SMA Khairiah, Kuala Terengganu dan SMA Mahmudiah, Kuala Berang. Pertandingan dibahagi kepada dua iaitu Kalam Jamaie dan Dikir Arab.

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

25 April 2017, Selasa - Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dijalankan serentak pada jam 11.00 - 11.10 pagi hari ini di seluruh negara. Warga SMA Maarif, Besut tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam program yang amat bermakna ini.

Program Guru Penyayang

16 April 2017, Ahad - Program Guru Penyayang - mengalu-alukan kedatangan murid diteruskan pada hari ini. Guru yang bertugas akan berdiri di hadapan pintu pagar untuk menyambut dan mengalu-alukan semua murid yang datang ke sekolah.

Program Trans Spirit Leader Pengawas Pusat Sumber SMA Terengganu 2017

31 Mac 2017, Jumaat - Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah menganjurkan program di atas pada 31 Mac - 1 April 2017 (Jumaat - Sabtu). Program ini diadakan di Sungai Kelemin, Hulu Dungun, Terengganu. Seramai 10 orang guru pengiring dan 30 orang pengawas pusat sumber dari 10 buah sekolah menengah agama Terengganu telah menghadiri program ini.

Majlis Perpisahan Tuan Pengetua

27 Mac 2017, Isnin - Satu majlis untuk meraikan perpisahan Tuan Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie, mantan pengetua diadakan pada pagi hari ini bertempat di Medan Perhimpunan. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi dihadiri oleh semua guru dan murid. Tuan Azizol Rahman yang memulakan tugas di sekolah ini pada 13 April 2016 ditukarkan ke SMK Alor Peroi, Besut berkuatkuasa pada 12 Mac 2017.

Majlis Pelancaran SUMUR 2017

12 Mac 2017, Ahad - Majlis Pelancaran SUMUR diadakan pada jam 8.00 pagi hari ini bertempat di Medan Perhimpunan. Majlis yang gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Haji Khairul Azizi bin Idris, Pegawai Agama Daerah Besut.

Majlis Sambutan Hari Lahir Guru, Kakitangan dan Murid

12 Mac 2017, Ahad - Satu majlis sambutan hari lahir bagi guru, kakitangan dan murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari diadakan pagi ini bertempat di Medan Perhimpunan.

Kejohanan MASMAT Akhir 2017

9 Mac 2017, Khamis - Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu (MASMAT) Peringkat Akhir tahun 2017 telah diadakan di SMA Al-Falah, Kemaman, Terengganu. SMA Maarif, Besut telah menghantar 9 pasukan untuk bertanding dalam edisi ke 47 ini.

SMA Maarif Johan Keseluruhan MASMAT 2017

25 Februari 2017, Sabtu - SMA Maarif, Besut telah muncul sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan MASMAT Zon A 2017 setelah menjadi johan dalam 9 daripada 16 acara yang dipertandingkan. Acara tersebut ialah Sepak Takraw (Men Rendah), Badminton (L - Men Rendah), Ping Pong ( L - Men Atas), Ping Pong (L - Men Rendah), Bola Tampar (L), Badminton (P - Men Atas), Ping Pong ( P - Men Atas), Ping Pong ( L - Men Rendah) dan Bola Tampar (P).
Pasukan Sepak Takraw (Men Rendah)

Kursus Pengakap Muda Udara di Melaka

Seramai 18 orang ahli Pengakap Udara SMA Maarif, Besut (10 lelaki dan 8 perempuan) telah mengikuti kursus tersebut yang diadakan di Melaka.

Kejohanan Sukan MASMAT Zon A 2017

23 Februari 2017, Khamis - SMA Maarif, Besut telah dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan MASMAT 2017 (Zon A). Kejohanan selama 3 hari ini melibat peserta dari 3 buah sekolah iaitu SMA Maarif, Kampong Raja, SMA Ittifakiah, Jerteh dan SMA Setiu, Setiu. Johan bagi setiap acara akan mewakili Zon A ke Kejohanan Sukan MASMAT Akhir yang akan diadakan di SMA Al-Falah, Kemaman pada 9 - 11 Mac nanti.

Pelancaran Minggu Antidadah 2017

19 Februari 2017, Ahad - Majlis Pelancaran Minggu Antidadah Peringkat SMA Maarif, Besut diadakan pada hari ini bertempat di Medan Perhimpunan. Majlis yang penuh warna-warni ini disempurnakan oleh Puan Normayati bt Mat Nawi, Ketua Pengawai, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Besut.

Majlis Penyerahan CD MBMMBI 2017

8 Februari 2017, Rabu - Satu majlis ringkas penyerahan CD MBMMBI 2017, English For Young Learners diadakan pagi ini di Bilik Tayang. Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media telah menyerahkan CD berkenaan kepada Puan Hajjah Hayati binti Mohamad, GKMP Bahasa. Puan Hayati kemudiannya menyerahkan CD berkenaan kepada Puan Zaila binti Mat, Ketua Panatia Bahasa Inggeris.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan 2017

5 Februari 2017, Ahad - Majllis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas BADAR, Pengawas PSS dan Pembimbing Rakan Sebaya 2017 SMA Maarif, Besut telah diadakan pada hari ini bertempat di Dataran Ilmu. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Lothman bin Awang, Ketua Penolong Pesuruhjaya, Bahagian Pendidikan, JHEAT.

Majlis Miftahul Ilmi dan Pelancaran Projek PT3, SPM & STPM 2017

26 Januari 2017, Khamis - Majlis Miftahul Ilmi dan Pelancaran Projek PT3, SPM & STPM 2017 SMA Maarif, Besut telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar, SMA Maarif, Besut. Majlis perasmian program hari ini disempurnakan oleh Tuan Haji Awi bin Salleh, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

SMA Maarif Dilanda Banjir Kilat

25 Januari 2017, Rabu - Hampir semua kawasan SMA Maarif dinaiki air akibat hujan yang turun dari malamnya. Terdapat dua bilik kelas di Blok E turut dinaiki air. Keadaan ini sudah menjadi lumrah apabila hujan turut dengan lebat untuk beberapa jam.

Berita SMA Maarif di Akhbar Utusan Malaysia

24 Januari 2017, Selasa - Nama SMA Maarif disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari ini. Ini berikutan kejayaan yang dicatatkan oleh seorang pelajar sekolah ini, Qathrun Nada binti Ahmad Jafny. Beliau telah dianugerahkan sebagai Pengacara TV PSS Terbaik Negeri Terengganu Tahun 2016 bagi katerogri sekolah menengah.

Anugerah Pembestarian Sekolah 2016 Peringkat Negeri Terengganu

23 Januari 2017 (Isnin) : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah mengadakan Anugerah Pembestarian Sekolah 2016 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Besar, BTPN Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Haji A Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu. Dalam majlis ini, seorang murid SMA Maarif, Qathrun Nada binti Ahmad Jasni telah mendapat anugerah Pengacara TV PPS Terbaik (Kategori Sekolah Menengah).

Wan Muhammad Aminuddin Kebanggaan SMA Maarif

15 Januari 2017, Ahad - Wan Muhammad Aminuddin bin Wan Aziz menjadi kebanggaan SMA Maarif. Pelajar Tingkatan 4 Tirmizi ini merupakan seorang jaguh tinju yang telah beberapa kali muncul sebagai juara peringkat kebangsaan. Kejayaan terbaru ialah beliau muncul sebagai juara Kejohanan Tinju Remaja Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Sik, Kedah pada hujung tahun 2016.

Majlis Pelancaran Lagu Rasmi SMA Maarif

15 Januari 2017, Ahad - Majlis Pelancaran Lagu Rasmi SMA Maarif, Besut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie, Pengetua. Dalam ucapan perasmiannya, tuan pengetua menyatakan bahawa lagu rasmi ini merupakan satu medium untuk membangkitkan semangat seluruh warga SMA Maarif untuk mencapai kecemerlangan dalam segenap bidang.

Pendaftaran Unit-Unit Beruniform

10 Januari 2017, Selasa - Proses pendaftaran ahli-ahli Unit Beruniform SMA Maarif, Besut telah dijalankan secara serentak pada hari ini.

Pengakap Udara

Lawatan Kerja KPP BTPN Terengganu

10 Januari 2017, Selasa - Tuan Haji Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah (KPP), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) telah membuat lawatan kerja ke Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut, Terengganu pada hari ini. Turut serta dalam rombongan ini ialah Tuan Haji Akram @ Amir bin Abdul Majid, Penolong Pengarah (KU UPSP), Encik Badrul Hishan bin Mohd Zin dan Puan Siti Halijah binti Ramli. Kedatangan rombongan pada jam 12.30 tengahari telah disambut oleh Encik Mohd Azami bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM (memangku tugas PK Pentadbiran). Rombongan telah dibawa ke Bilik Pengetua untuk bertemu dengan Tuan Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie, Pengetua. Satu perbincangan dalam pelbagai perkara telah berlangsung. Perbincangan berlangsung dengan penuh mesra dan ceria.

Program Halatuju & Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4 Tahun 2017

Hari : Ahad
Tarikh : 8 Januari 2017
Masa : 9.00 pagi - 2.30 petang
Tempat : Dewan Dato' Bentara Luar, SMA Maarif
Anjuran : UBK SMA Maarif

Hari Pertama Sesi Persekolahan Tahun 2017

1 Januari 2017, Ahad - SMA Maarif, Besut telah memulakan hari pertama sesi persekolahan tahun 2017 dengan mengadakan Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Hajat. Majlis telah diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar kerana hujan. Majlis ini telah dihadiri oleh semua guru dan murid.