Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu 2020

30 Disember 2019 (Isnin) : Majlis Pendaftaran Murid Tingkatan Satu tahun 2020 diadakan hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar, SMA Maarif.

Kehadiran Pengetua Baharu

16 Disember 2019 (Isnin) : Hari ini, Tuan Haji Termezi bin Jusoh, pengetua baharu melapor diri untuk menjalankan tugas di sekolah ini.
22 Oktober 2019 (Selasa) : Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2019 diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar.

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan 2019

15 September 2019 (Ahad) : Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-62 Tahun 2019 telah diadakan pada pagi hari ini bertempat di Dataran Ilmu. Majlis yang dihadiri oleh semua guru dan murid ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Azami bin Abd Ghani, Penolong Kanan Pentadbiran.

Murid SMA Maarif Menyertai Pertandingan Bowling

28 Ogos 2019 (Rabu) : Seramai 34 orang murid tingkatan empat telah menyertai pertandingan bowling yang diadakan di Kuala Terengganu. Mereka terdiri daripada sembilan orang murid lelaki dan 25 orang murid perempuan. Mereka ditemani oleh lima orang guru iaitu Cikgu Wan Zaki bin Wan Mahmood, Mohd Aiman Nazri bin Mohamed Nor, Mohamad Izwan bin Zakaria, Suziati binti Ibrahim dan Noor Fadhlaine binti Mohd Saleh.

Jamuan Buah-Buahan Tempatan 2019

27 Ogos 2019 (Selasa) : Satu jamuan buah-buahan tempatan telah diadakan pada hari ini bertempat di Medan Ilmu. Semua warga SMA Maarif telah menyertai jamuan ini, yang merupakan acara tahunan. Antara buah yang dihidangkan ialah durian, rambutan, manggis, duku dan dokong. Majlis berlangsung dalam suasana ceria. Kelihatan guru-guru dan murid-murid makan dengan selera. 

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2019

25 Ogos 2019 (Ahad) : Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2019 telah disempurnakan oleh Encik Mohd Kamaruddin bin Yob, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertempat di Dataran Ilmu. Majlis ini dihadiri oleh semua guru dan murid.

Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2019

23 Ogos 2019 (Jumaat) : Seramai tiga orang murid SMA Maarif, Besut telah mewakili Negeri Terengganu dalam Kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Kebangsaan Tahun 2019. Mereka terdiri daripada Wan Rahim bin wan Daud, Adib Rifqy bin Azman dan Mohamad Khairil Amri bin Mohd Latif. Kejohanan anjuran ANGKASA telah diadakan di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara, Sintok, Kedah Darul Aman. Mereka telah berjaya melangkah ke pertandingan akhir tapi malangnya terpaksa tunduk kepada peserta dari Selangor. Mereka telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,00.00, sijil dan medal.

Majlis Perhimpunan Rasmi

04 Ogos 2019 (03 Zulhijjah 1440) (Ahad) : Majlis Perhimpunan Rasmi.

Pertandingan Rero Robotik Peringkat Zon Pantai Timur 2019

28 Julai 2019 (Ahad) : Seramai tiga orang murid telah menyertai pertandingan ini yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Peserta SMA Maarif telah berjaya mendapat hadiah GOLD dan layak bertanding di peringkat kebangsaan. Pasukan ini mendapat bimbingan daripada Cikgu Zamaruddin bin Jaafar dan Cikgu Mohd Aiman Nazmi bin Mohamed Nor.

KESSUMA 2019

Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali ke-20 (KESSUMA) Tahun 2019 telah diadakan pada 15 - 19 Julai 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Majlis Temu Murni Calon SPM 2019

3 Julai 2019 (Rabu) - Majlis Temu Murni untuk calon-calon SPM 2019 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar.

Program Mentor-Mentee Bil 4/2019

30 Jun 2019 (Ahad) : Program Mentor-Mentee diadakan pada hari ini bertempat di Dataran Ilmu.

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Tahun 2019

22 Jun 2019 (18 Syawal 1440H) (Hari Ketiga) - Perkhemahan Tahunan Unit-Unit Beruniform Tahun 2019 SMA Maarif, Besut.

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Tahun 2019

21 Jun 2019 (17 Syawal 1440H) (Hari Kedua) - Perkhemahan Tahunan Unit-Unit Beruniform Tahun 2019 SMA Maarif, Besut.

Aktiviti 1 - Pemeriksaan Pagi

Selamat Bertukar Cikgu Mohd Kthabi

19 Jun 2019 - Warga SMA Maarif mengucapkan selamat bertukar kepada Cikgu Mohd Kthabi bin Yusof yang akan menyambung perkhidmatan di SMKA Durian Guling.

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Tahun 2019

20 Jun 2019 (16 Syawal 1440H) - Perkhemahan Tahunan Unit-Unit Beruniform Tahun 2019 SMA Maarif, Besut telah diadakan pada 20 - 22 Jun 2019. Perkhemahan yang disertai oleh sembilan unit beruniform ini telah diadakan di Kem Seri Keluang, Besut.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H

13 Jun 2019 (9 Syawal 1440H) : Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H 

Majlis Aspresiasi Kecemerlangan Tahun 2019

13 Jun 2019 (Khamis) : Majlis Aspresiasi Kecemerlangan Tahun 2019 diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H Peringkat Sekolah

13 Jun 2019 (9 Syawal 1440H) : Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat sekolah tahun 1440H dimulai dengan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat. Kemudian, diteruskan dengan tazkirah berkenaan amalan di bulan Syawal oleh Ustaz Zainuddin bin Mat Amin bertempat di Medan Ilmu.

Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadhan

5 Mei 2019 (29 syaaban 1440H)  (Ahad) : Program Ihya Ramadhan 1440H telah dilancarkan dengan rasminya pada hari ini. Ustaz A Mazlam bin Haji Ibrahim, pensyarah IPGM, Kampus Sultan Mizan, Besut telah diberi penghormatan untuk melancarkan program selama sebulan ini. Ustaz A Mazlam merupakan bekas pelajar sekolah ini.

Program Tadarus Al Quran 1440


Ceramah Ihya' Ramadhan 1440H

5 Mei 2019 (Ahad) : Satu ceramah untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan telah diadakan pada hari ini bertempat di Dataran Ilmu. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz A Mazlam bin Haji Ibrahim dari IPGM Kampur Sultan Mizan, Besut. A Mazlam yang merupakan bekas pelajar sekolah ini telah berjaya menarik perhatian guru-guru dan murid-murid dengan isi ceramah dan tutur bicara yang menarik.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2019

2 Mei 2019 (Khamis) : Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah tahun 2019 diadakan serentak di semua sekolah di Negeri Terengganu hari ini. Tema hari guru tahun ini ialah "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi". Pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak penganjur untuk memeriahkan lagi sambutan yang melibatkan semua guru dan murid.

Bengkel Digital 2019

24 April 2019 (Rabu) - Seramai dua orang pelajar SMA Maarif telah menghadiri Bengkel Digital Sekolah Menengah Agama Terengganu tahun 2019 yang diadakan di SMA Khairiah, Kuala Terengganu. Mereka terdiri daripada Muhamad Iskandar bin Sufian (4Bukhari) dan Azem Zulfan bin Zulkifli (3Muslim). Kehadiran mereka diiringi oleh Cikgu Muhamad Izwan bin Zakaria.

Jom Baca Bersama-sama 10 Minit 2019

23 April 2019 (Selasa) : Program Jom Baca Bersama-sama 10 Minit 2019 peringkat SMA Maarif, Besut diadakan pada jam 11.00 - 11.10 pagi hari ini. Program yang dijalankan secara serentak di seluruh Negeri Terengganu disertai oleh semua guru dan murid sekolah ini.

Majlis Persaraan Cikgu Kahizah

1 April 2019 (Isnin) : Majlis Persaraan Cikgu Kahizah binti Abd Kadir berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar, SMA Maarif. Majlis yang dihadiri oleh semua guru, kakitangan dan pelajar dimulakan pada jam 12.00 tengahari dan berakhir pada jam 1.30 petang. Cikgu Kahizah membuat keputusan untuk bersara awal pada usia 58 tahun setelah berkhidmat selama lebih daripada 35 tahun.

Dua Murid SMA Maarif menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSM 2019

Dua orang murid SMA Maarif, Besut telah dipilih sebagai pemain Bola Tampar (Perempuan Bawah 18 Tahun) ke Kojahanan Bola Tampar MSSM 2019 yang berlangsung pada 24 - 29 Mac 2019 di Dewan Tanjung, MBSA, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor. Mereka ialah Nur Aishah Solehah binti Md Yaakub (T5) dan Nur Fatini Waheeda binti Mohd Suhaimi (T4). Pasukan Terengganu telah berjaya memenangi tempat keempat.
Nur Aishah Solehah (kanan) dan Nur Fatini Waheeda (kiri)

SMA Maarif Terbaik STPM 2018 Negeri Terengganu

11 Mac 2019 (Isnin) : SMA Maarif, Besut muncul sebagai sekolah terbaik peringkat Negeri Terengganu dalam Peperiksaan STPM 2018. SMA Maarif mencatat PNGK 3.38 meninggalkan SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu ditempat kedua dengan PNGK 3.33. SMK Chalok, Setiu menduduki tempat ketiga dengan PNGK 3.24.

Kejohanan MASMAT Tahun 2019

7 - 9 Mac 2019 : Kejohanan Sukan MASMAT tahun 2019 diadakan di SMA Mahmudiah, Kuala Berang, Terengganu. Acara yang dipertandingkan ialah Bola Sepak (MA), Bola Tampar (P), Bola Jaring dan Badminton (P). Pasukan Bola Tampar (P) berjaya mengekalkan juara yang dimenangi pada tahun lepas. Pasukan Bola Sepak berjaya membawa pulang pingat gangsa setelah tewas tipis 0 - 1 kepada SMA(A)SZA, Batu Burok dalam pertandingan separuh akhir.

Pasukan Bola Tampar (P) Johan Lagi

10 Mac 2019 (Ahad) : Pasukan bola tampar (perempuan terbuka) SMA Maarif berjaya mengekalkan Johan yang dimenangi pada tahun 2018 di Kejohanan Sukan MASMAT 2019.

Kejohanan MASMAT Tahun 2019

28 Februari 2019 : Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu (MASMAT) bagi acara Bola Tampar (L), Bola Sepak (MR), Ping pong (L - MR), Ping Pong (L - MA) dan Bola Jaring (MR) diadakan di SMA Marang, Terengganu. Kejohanan yang berlangsung pada 28 Februari - 2 Mac 2019 disertai oleh 14 buah sekolah (10 buah SMA, 3 buah Madrasah Modem dan 1 buah MTQ).





Pasukan Sepak Takraw SMA Maarif Muncul Sebagai Juara

23 Februari 2019 : Pasukan Sepak Takraw SMA Maarif, Besut telah muncul sebagai juara di Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu tahun 2019. Kejohanan yang disertai oleh 14 buah sekolah dari seluruh Negeri Terengganu telah berlangsung pada 21 - 23 Februari 2019 bertempat di SMA Setiu, Terengganu.

pestabuku@PPAT 2019

Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu akan menganjurkan pestabuku@PPAT 2019 pada 23 Februari - 2 Mac 2019 bertempat di PPAT, Jalan Hiliran, Kuala Terengganu.

Majlis Pelancaran Program SUMUR dan BADAR 2019

10 Februari 2019 (Ahad) : Majlis Pelancaran Program SUMUR dan BADAR SMA Maarif tahun 2019 telah diadakan pada jam 8.00 pagi hari ini. Majlis pelancaran yang diadakan di Medan Ilmu telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Agama Daerah, Besut, Terengganu.

Kelas Frog VLE 3IBM

30 Januari 2019 (Rabu) : Kelas Frog VLE tingkatan 3 Ibnu Majah diadakan pada jam 9.00 - 10.00 pagi hari ini.

Majlis Miftahul Ilmi dan Pelancaran Projek PT3, SPM & STPM 2019

24 Januari 2019 (Khamis) : Majlis Miftahul Ilmi dan Pelancaran Projek PT3, SPM & STPM SMA Maarif, Besut tahun 2019 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2019

20 Januari 2019 (Ahad) : Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar Tahun 2019 diadakan pada jam 8.30 pagi hari ini. Majlis telah disempurnakan oleh ASP Iruan bin Hussin, Pegawai Perhubungan Sekolah.

Taklimat Merentas Desa 2019

13 Januari 2019 (Ahad) : Satu taklimat mengenai program merentas desa peringkat SMA Maarif 2019 telah disampaikan oleh Cikgu Jailami binti Muhammad, GPK Kokurikulum bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar.

Perasmian Penutup Program Transisi Asrama 2019

12 Januari 2019 (Sabtu) : Majlis Perasmian Penutup Program Transisi Asrama SMA Maarif tahun 2019 telah disempurnakan oleh Cikgu Mohd Azami bin Abd Ghani, GPK Pentadbiran bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar.

Program Transisi Asrama Tahun 2019

10 Januari 2019 (Khamis) : Program Transisi Asrama SMA Maarif tahun 2019 telah diadakan pada 10 - 12 Januari 2019. Program selama tiga hari dua malam yang melibatkan semua warden dan penghuni asrama putera dan puteri telah diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar.

Mesyuarat Larian Kecergasan Tahun 2019

10 Januari 2019 (Khamis) : Mesyuarat Larian Kecergasan SMA Maarif tahun 2019 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat.

Mesyuarat Agung Rumah Sukan 2019

9 Januari 2019 (Rabu) : Mesyuarat Agung rumah sukan SMA Maarif telah diadakan pada hari ini bertempat di lokasi yang telah ditetapkan.

Mesyuarat Agung 1M1S Tahun 2019

9 Januari 2019 (Rabu) : Mesyuarat Agung semua jenis sukan untuk Program 1Murid 1Sukan (1M1S) SMA Maarif telah diadakan pada hari ini bertempat di lokasi yang telah ditetapkan.

Mesyuarat Agung Unit Beruniform Tahun 2019

8 Januari 2019 (Selasa) : Mesyuarat Agung Unit-Unit Beruniform SMA Maarif tahun 2019 telah diadakan pada hari ini.

Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan Tahun 2019

8 Januari 2019 (Selasa) : Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan SMA Maarif tahun 2019 telah diadakan pada hari ini bertempat di bilik darjah yang telah ditetapkan.

Perhimpunan Mingguan Pertama Tahun 2019

1 Januari 2019 (Selasa) : Perhimpunan Mingguan pertama sesi persekolahan tahun 2019 diadakan pada hari ini bertempat di Dataran Ilmu.

Hari Pertama Persekolahan Tahun 2019 - Solat Hajat

1 Januari 2019 (Selasa) : Hari pertama persekolahan tahun 2019 telah dimulakan dengan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat di Dataran Ilmu.