Keputusan PT3 2016

19 Disember 2016, Isnin - Keputusan PT3 diumumkan hari ini. SMA Maarif telah mencapai keputusan yang membanggakan. Seramai 3 orang calon telah mencapai keputusan 11A, 10A (7 orang) dan 9A (15 orang). GPMP meningkat sebanyak 0.4 kepada 1.95 berbanding 2.35 pada tahun 2015. Majlis penyampaian keputusan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Azami bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM.

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Sekolah Tahun 2016

22 November 2016, Selasa - Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat SMA Maarif Tahun 2016 telah diadakan pada hari ini. Johan untuk Kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan mewakili sekolah ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Tahun 2017.

Pemilihan Calon Anugerah NILAM 2016

22 November 2016 (Selasa): Pemilihan Calon Anugerah NILAM peringkat sekolah diadakan pada hari ini. Calon yang berjaya akan bertanding di peringkat PKG Raja.

Kem Bestari Solat Pasca PT3 Tahun 2016

21 November 2016, Isnin - Kem ini telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Makan, Asrama Puteri, SMA Maarif. Kem ini dikendalikan oleh penceramah jemputan, Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Pendakwah Bebas dari Negeri Kelantan. Kem ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Islam dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam, SMA Maarif dan Yayasan Islam Negeri Terengganu.

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih 2016

20 November 2016, Ahad - Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih 2016 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Makan, Aspuri dan Tanjung Demong Beach Resort, Besut, Terengganu.

Kunjungan Penolong Pengarah BTPN Terengganu

17 November 2016, Selasa - Tuan Haji Akram @ Amir bin Abdul Majid, Penolong Pengarah, BTPN Terengganu telah membuat kunjungan ke SMA Maarif.

Jamuan Kesyukuran APSSK 2015

13 November 2016, Ahad - Jamuan ini telah diadakan pada jam 2.30 petang di Isma Cafe, Alor Lintah, Besut.

Peperiksaan SPM Tahun 2016

7 November 2016, Isnin - Peperiksaan SPM 2016 bermula hari ini. Seramai 151 orang calon sekolah ini menduduki peperiksaan pada tahun ini. Mereka terdiri daripada 52 orang lelaki dan 99 orang perempuan. 

Majlis Restu Ilmu SPM 2016

2 November 2016, Rabu - Majlis Restu Ilmu Calon-Calon SPM SMA Maarif 2016 telah diadkan pada hari ini bertempat di Damai Beach Resort, Besut, Terengganu.

Solat Hajat Perdana

27 Oktober 2016, Khamis - Solat Hajat Perdana untuk calon-calon SPM dan STPM diadakan di Dataran Ilmu.

Program Rehat Minda SPM 2016

20 Oktober 2016, Khamis - Program Rehat Minda Guru-Guru dan Pelajar SPM 2016 diadakan pada hari ini bertempat di Pantai Peranginan Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Semua guru dan pelajar telah hadir dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan. Tuan Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie, Pengetua SMA Maarif telah turun padang untuk bersama-sama dengan peserta program.

Lawatan ke SESMA

19 Oktober 2016












Bengkel Teknik Menjawab Matematik Tambahan 2016

14 - 15 Oktober 2016 - Panitia Matematik telah menganjurkan bengkel tersebut bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Bengkel yang dijalankan pada hari Jumaat dan Sabtu ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Che Daud bin Salleh dari SMA Ittifakiah, Jerteh. Beliau merupakan seorang guru yang berpengalaman. Semua 57 orang calon telah menghadiri bengkel yang bermenafaat ini.

Program Rumah Matematik Tambahan Siri 5 Tahun 2016

17 September 2016, Sabtu - Program Rumah Matematik Tambahan Siri 5 Tahun 2016 telah berjaya diadakan pada hari ini bertempat di rumah Puan Norazalita binti Mahmood, Kampung Lahar, Besut, Terengganu.
Maklumat lanjut tentang program kali ini dapat dibaca di blog prmtsmam5.blogspot.my.

Program Rumah Matematik Tambahan Siri 4 Tahun 2016

27 Ogos 2016, Sabtu - Program Rumah Matematik Tambahan Siri 4 Tahun 2016 telah berjaya diadakan pada hari ini bertempat di rumah Encik Sarbani bin Ishak, Kampung Baharu, Kuala Besut.
Berita selanjutnya mengenai program kali ini boleh dibaca pada blog prmtsmam4.blogspot.my

Program Rumah Matematik Tambahan Siri 3 Tahun 2016

20 Ogos 2016, Sabtu - Program Rumah Matematik Tambahan Siri 3 Tahun 2016 telah berjaya diadakan pada hari ini bertempat di rumah Puan Hasmah bt Abdullah, No. 92, RAKR, Alor Lintang 2, Besut, Terengganu.
Maklumat lanjut tentang program ini boleh dibaca di prmtsmam3.blogspot.my

Perhimpunan Mingguan

18 Ogos 2016, Khamis - Perhimpunan Mingguan untuk semua guru, pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan diadakan pada setiap hari khamis. Program dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an dan terjemahan. Kemudian diikuti dengan amanat tuan pengetua. Diakhiri dengan makluman oleh guru.

Bengkel Asas Pembinaan TV PSS Sekolah 2016

15 Ogos 2016, Isnin - Bengkel Asas Pembinaan TV PSS Sekolah Untuk GPM Sekolah Rendah Daerah Besut 2016 telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, SMA Maarif, Besut.

Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2016

Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2016 berlangsung pada 14 - 30 Ogos 2016. Seramai 153 orang calon SMA Maarif mengambil peperiksaan pada tahun ini. Mereka terdiri dari 23 orang calon aliran Sains Tulen, 63 orang calon aliran Prinsip Perakauanan dan selebihnya aliran Ekonomi Asas.

Program Rumah Matematik Tambahan Siri 2 Tahun 2016

13 Ogos 2016, Sabtu - Program Rumah Matematik Tambahan Siri 2 Tahun 2016 telah berjaya diadakan di rumah Encik Zailani bin Awang, Kampung Cawangan, Hulu Besut.
Untuk berita selanjutnya, sila klik pada prmtsmam2.blogspot.my

Lawatan Penanda Aras BTPN Perlis

4 Ogos 2016, Khamis - Pada hari ini, seramai 4 orang pegawai BTPN, 9 orang Pengetua dan 20 Guru Besar Negeri Perlis telah membuat lawatan penanda aras ke Pusat Sumber Dato' Haji Abbas (PSDHA) SMA Maarif, Besut. Rombongan yang menaiki bas UNIMAP telah selama tiba pada  jam 11.30 pagi. Ketibaan rombongan telah disambut dengan penuh meriah diketuai oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, Penolong Kanan Pentadbiran.
Berita lanjut mengenai lawatan ini boleh dilayari di alamat lpabtpnperlis.blogspot.my



Lawatan Penanda Aras SMK Berangan, Tumpat, Kelantan

27 Julai 2016, Rabu - Seramai 3 orang guru dan 36 murid SMK Berangan, Tumpat, Kelantan telah membuat Lawatan Penanda Aras ke SMA Maarif pada hari ini. Informasi tentang lawatan ini boleh didapati di lpasmkberangan.blogspot.my.

Majlis Persaraan Ustazah Ruhayati bt Muhamed

17 Julai 2016, Ahad - Majlis persaraan Ustazah Ruhayati bt Muhamed telah diadakan pada jam 8.00 pagi hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar, SMA Maarif.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-10

14 Julai 2016, Khamis - Mesyuarat Agung PIBG SMA Maarif kali ke-10 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. YB Encik Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Terengganu telah menerima jemputan untuk merasmikan mesyuarat kali ini.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437H

14 Julai 2016, Khamis - Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437H peringkat SMA Maarif telah diadakan pada hari ini. 

Perkhemahan Tahunan Unit-Unit Beruniform 2016

13 Julai 2016, Rabu - Perkhemahan Tahunan Unit-Unit Beruniform SMA Maarif tahun 2016 telah diadakan pada 13 - 15 Julai 2016. Perkhemahan yang disertai oleh semua unit beruniform sekolah ini telah diadakan di Pusat Biodivarsiti, Bukit Marak, Besut. Majlis Penutup perkhemahan kali ini disempurnakan oleh Tuan Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie, Pengetua pada hari Jumaat, 15 Julai 2016.

Ceramah Nuzul al-Qur'an 1437H

21 Jun 2016, Selasa - Satu ceramah sempena Nuzul al-Qur'an telah diadakan pada jam 7.30 pagi hari ini. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zainudin bin Mat Amin telah diadakan di Medan Ilmu. Semua guru dan murid telah menghadiri ceramah yang bermanafaat ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Khatam al-Qur'an dan Iftor Jamai'

19 Jun 2016, Ahad - Satu mesyuarat telah diadakan pada jam 2.30 petang hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat yang dihadiri semua guru dan beberapa orang kakitangan sokongan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, Penolong Kanan Pentadbiran. Majlis Khatam al-Qur'an dan Iftor Jamai' akan diadakan pada hari Selasa, 28 Jun 2016 bertempat di Asrama Puteri.

Perhimpunan Mingguan 19 Jun 2016

19 Jun 2016, Ahad -  Perhimpunan mingguan kali kedua penggal kedua diadakan pada hari ini. Terdapat sedikit kelainan yang dibuat oleh Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie, Pengetua. Semua guru diminta memakai kot @ blazer. 

Pemantauan PKG ke SMA Maarif

15 Jun 2016, Rabu - Encik Che Lah bin Hamat, PTP II, PKG Raja telah datang ke SMA Maarif, Besut pada jam 10.00 pagi untuk membuat pemantauan PSS. Cikgu Razak bin Abd Rahman, GPM dan Cikgu Rohani bt Hussain, Guru ICT telah bersama-sama dengan beliau sepanjang proses pemantauan dijalankan. Pemantauan tamat pada jam 12.00 tengahari.

Tadarus al Qur'an 1437H

13 Jun 2016, Isnin - Program Tadarus al Qur'an dimulakan pada hari ini bermula jam 7.30 pagi. Semua guru, kakitangan sokongan dan murid mengambil bahagian. Guru dan kakitangan bertadarus di Bilik Mesyuarat. Sementara murid bertadarus di Medan Perhimpunan.

Perhimpunan Mingguan Pertama Penggal Kedua Sesi 2016

12 Jun 2016, Ahad - Pada hari ini telah diadakan Perhimpunan Mingguan Pertama Penggal Kedua Sesi 2016.

Amalan Guru Penyayang



Solat Sunat Tarawih 1437H

11 Jun 2016, Sabtu - Pada malam ini, solat sunat tarawih kali pertama tahun 1437H untuk penghuni asrama telah diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar. Sheikh Mahmood telah diberi tugas untuk mengimamkan solat.

Kebanggaan Maarif

1 Jun 2016 - Seramai 11 orang murid sekolah ini telah dipilih untuk mewakili Negeri Terengganu ke Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Tahun 2016. Turut terpilih ke kejohanan kali ini ialah Cikgu Azman bin Muhammad, jurulatih bola tampar (perempuan). Kejohanan kali ke-17 ini diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor pada 29 Mei - 1 Jun 2016. Seramai 1,080 atlet dari 13 kontijen seluruh negara menyertai pelbagai acara sukan dipertandingkan. Majlis Penutup kejohanan kali ini disempurnakan oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Tahniah - Johan NILAM Kebangsaan 2016

Warga Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut mengucapkan tahniah kepada Khaleda Irdina Batrisya bt Harun, Johan (Sekolah Rendah - Bahasa Melayu) dan Aina Nadhira bt Rusdi, Naib Johan (Sekolah Menengah - Bahasa Melayu) Dalam Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan Tahun 2016. Kejayaan anda berdua menjadi kebanggaan seluruh rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.

Majlis Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2016

25 April 2016, Isnin - Seramai 4 orang peserta dari sekolah ini telah menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT). Mereka terdiri dari 2 orang guru iaitu Cikgu Razak bin Abd Rahman (GPM), Cikgu Nor Fazilah bt Othman dan 2 orang murid iaitu Mohd Syakirin dan Muhammad Haffiz bin Noor Izatul Azlin. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Hajah Nor Akmal binti Abd Fatah, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Sejumlah 25 buah sekolah menengah dan rendah telah dijemput untuk menghadiri majlis yang amat bermakna ini. Sebelum majlis rasmi berlangsung, semua yang hadir telah mengambil bahagian dalam aktiviti Jom Baca Bersama Untuk 10 minit (Let's Read Together for 10 minutes).