Ceramah Nuzul al-Qur'an 1437H

21 Jun 2016, Selasa - Satu ceramah sempena Nuzul al-Qur'an telah diadakan pada jam 7.30 pagi hari ini. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zainudin bin Mat Amin telah diadakan di Medan Ilmu. Semua guru dan murid telah menghadiri ceramah yang bermanafaat ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Khatam al-Qur'an dan Iftor Jamai'

19 Jun 2016, Ahad - Satu mesyuarat telah diadakan pada jam 2.30 petang hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat yang dihadiri semua guru dan beberapa orang kakitangan sokongan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, Penolong Kanan Pentadbiran. Majlis Khatam al-Qur'an dan Iftor Jamai' akan diadakan pada hari Selasa, 28 Jun 2016 bertempat di Asrama Puteri.

Perhimpunan Mingguan 19 Jun 2016

19 Jun 2016, Ahad -  Perhimpunan mingguan kali kedua penggal kedua diadakan pada hari ini. Terdapat sedikit kelainan yang dibuat oleh Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie, Pengetua. Semua guru diminta memakai kot @ blazer. 

Pemantauan PKG ke SMA Maarif

15 Jun 2016, Rabu - Encik Che Lah bin Hamat, PTP II, PKG Raja telah datang ke SMA Maarif, Besut pada jam 10.00 pagi untuk membuat pemantauan PSS. Cikgu Razak bin Abd Rahman, GPM dan Cikgu Rohani bt Hussain, Guru ICT telah bersama-sama dengan beliau sepanjang proses pemantauan dijalankan. Pemantauan tamat pada jam 12.00 tengahari.

Tadarus al Qur'an 1437H

13 Jun 2016, Isnin - Program Tadarus al Qur'an dimulakan pada hari ini bermula jam 7.30 pagi. Semua guru, kakitangan sokongan dan murid mengambil bahagian. Guru dan kakitangan bertadarus di Bilik Mesyuarat. Sementara murid bertadarus di Medan Perhimpunan.

Perhimpunan Mingguan Pertama Penggal Kedua Sesi 2016

12 Jun 2016, Ahad - Pada hari ini telah diadakan Perhimpunan Mingguan Pertama Penggal Kedua Sesi 2016.

Amalan Guru Penyayang



Solat Sunat Tarawih 1437H

11 Jun 2016, Sabtu - Pada malam ini, solat sunat tarawih kali pertama tahun 1437H untuk penghuni asrama telah diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar. Sheikh Mahmood telah diberi tugas untuk mengimamkan solat.

Kebanggaan Maarif

1 Jun 2016 - Seramai 11 orang murid sekolah ini telah dipilih untuk mewakili Negeri Terengganu ke Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Tahun 2016. Turut terpilih ke kejohanan kali ini ialah Cikgu Azman bin Muhammad, jurulatih bola tampar (perempuan). Kejohanan kali ke-17 ini diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor pada 29 Mei - 1 Jun 2016. Seramai 1,080 atlet dari 13 kontijen seluruh negara menyertai pelbagai acara sukan dipertandingkan. Majlis Penutup kejohanan kali ini disempurnakan oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.