Keputusan PT3 Tahun 2015

14 Disember 2015, Isnin - Keputusan PT3 telah diumumkan pada hari ini. Majlis penyerahan keputusan telah diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar. Dua orang calon telah berjaya mendapat keputusan A dalam semua 11 mata pelajaran yang diambil.

LADAP - Transformasi Maarif Baharu dan Bengkel Pelan Strategik 2016 - 2020

13 Disember 2015, Ahad - Latihan Dalam Perkhidmatan untuk guru-guru SMA Maarif, Besut telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Dua orang penceramah telah dijemput untuk mengendalikan latihan kali ini. Mereka ialah Encik Ahmad Satmi bin Salleh, SIPartner PPD Besut dan Tuan Haji Abdul Wahab bin Mohd Arshad, Pengetua, SM Imtiaz Besut.

Ujian Kemasukan ke Tingkatan 1 Tahun 2016

9 Disember 2015, Rabu - Ujian untuk kemasukan ke tingkatan 1 tahun 2016 telah diadakan pada  hari ini. Seramai 360 orang calon telah hadir daripada 449 orang yang memohon. Tempat yang ada hanyalah 170 sahaja. Ujian telah diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar dan 5 buah kelas. Ujian selam 1 jam 30 minit ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi.