Lawatan Penanda Aras Guru Perpustakaan dan Media Daerah Temerloh, Pahang

28 Februari 2016, Ahad - Pada hari ini, sekolah ini menerima tetamu dari Daerah Temerloh, Pahang. Rombongan yang turut disertai oleh wakil PPD, PKG dan GPM Daerah Temerloh ini diketuai oleh Encik Mohd Nizam bin Mat Taib. Jumlah ahli rombongan ialah 38 orang.
Klik pada gambar untuk maklumat selanjutnya tentang lawatan ini.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas PSDHA 2016

28 Februari 2016, Ahad - Pada jam 9.00 pagi hari ini, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas PSDHA dan Majlis Pelancaran NILAM tahun 2016 telah diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar. Majlis yang bewarna-warni ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Akram @ Amir bin Abdul Majid, Penolong Pengarah, BTPN Terengganu. Beliau yang juga Ketua Unit, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Terengganu telah selamat tiba di perkarangan sekolah pada jam 8.30 pagi.

Lawatan Penanda Aras SMK Rusila, Marang, Terengganu

23 Februari 2016, Selasa - Pada hari ini, SMA Maarif dikunjungi oleh guru-guru pusat sumber dari SMK Rusila, Marang, Terengganu. Rombongan selamat sampai pada jam 11.00 pagi.
Maklumat lanjut tentang lawatan ini boleh dibaca dialamat lpasmkrusila.blogspot.my

Lawatan Penanda Aras SMK Panji Alam, Kuala Terengganu

23 Februari 2016, Selasa - Pada hari ini, SMA Maarif telah menerima lawatan dari SMK Panji Alam, Kuala Terengganu.  Rombongan yang diketuai oleh Puan Suzita binti Ismail, Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan telah selamat tiba pada jam 10.30 pagi.
Klik pada gambar untuk mengetahui lebih lanjut tentang lawatan ini.

Pameran PSDHA di BTPN Terengganu

20 Februari 2016 - Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, SMA Maarif merasa bertuah kerana diberi peluang untuk mengadakan pameran sempena Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah tahun 2016.

Pameran Pusat Sumber Sekolah Tahun 2016

21 Februari 2016 (Ahad) - Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, SMA Maarif telah diberi penghormatan untuk mengadakan pameran sempena Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Besar, BTPN Terengganu.

Persediaan Mengadakan Pameran Pusat Sumber Sekolah Tahun 2016

20 Februari 2016 (Sabtu) - Persediaan untuk mengadakan pameran.

Lawatan Penanda Aras dari SMA Tengku Amalin A'ishah Putri, Kota Bharu, Kelantan

15 Februari 2016, Isnin - Seramai 12 orang guru dan 50 orang murid dari SMA Tengku Amalin A'ishah Putri, Kota Bharu, Kelantan telah membuat lawatan penanda aras ke sekolah ini. Rombongan ini diketuai oleh Puan Hajah Zakiah binti Abd Kadir, Pengetua.
Maklumat lanjut mengenai lawatan ini boleh dilayari dialamat lpasmataap.blogspot.my

Kursus eSPKWS Zon Kota Putera

Kursus Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kewangan Sekolah (eSPKWS)  Zon Kota Putera, Besut telah dijalankan pada 14 - 15 Februari 2016 bertempat di Makmal Komputer, SMA Maarif, Besut. Seramai 27 orang  peserta yang terdiri daripada Ketua Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir Kewangan dan Penyelia Asrama telah menghadiri kursus ini yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Besut.

LADAP Guru-Guru Bahasa Arab 2016

6 Februari 2016, Sabtu - Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Guru-Guru Bahasa Arab SMA Maarif, Besut telah diadakan pada hari ini bertempat di Institut Latihan Islam Wilayah Timur (ILTIM) Bukit Keluang, Besut, Terengganu.

Lawatan Penanda Aras, SMK Belara, Kuala Terengganu

4 Februari 2016, Khamis - Hari ini Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, SMA Maarif telah menerima kunjungan dari SMK Belara, Kuala Terengganu. Rombongan yang dianggotai oleh 7 orang guru dan 10 orang murid ini diketuai oleh Hajjah Aniah bt Mohamad, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains. Rombongan telah selamat tiba pada jam 10.30 pagi dan disambut oleh guru-guru dan murid-murid yang telah ditugaskan.

Maklumat lanjut tentang lawatan ini boleh didapati dengan melayari blog khas dialamat http://lpasmkbelarakt.blogspot.my

Mesyuarat Khas Lawatan Penanda Aras Kali Pertama 2016

2 Februari 2016, Selasa - Mesyuarat Khas Lawatan Penanda Aras Kali Pertama Tahun 2016 telah diadakan pada hari ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Azami bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM telah diadakan pada jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat sekolah. Mesyuarat ini diadakan untuk persediaan Lawatan Penanda Aras dari SMK Belara, Kuala Terengganu pada hari Khamis, 4 Februari 2016.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.50 petang.