Jamuan MUSMAT 2015

24 Mei 2015 : Jamuan kesyukuran MUSMAT tahun 2015 telah diadakan di Restoran Anjung Bahtera, Kampong Raja, Besut.

Sambutan Hari Guru 2015


Sambutan Hari Guru Peringkat SMA Maarif, Besut telah diadakan pada hari ini, Isnin, 18 Mei 2015. Sambutan pada tahun ini dimulakan dengan Majlis Solat Sunat (Dhuha dan Hajat) di Medan Perhimpunan. Kemudian diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan Majlis Tahlil.

Lawatan Kerja Timbalan Ketua PPD Besut.


Tuan Haji Mohd Yasmin bin Yusof, Timbalan Ketua, PPD Besut telah mengadakan lawatan kerja ke sekolah ini pada hari Ahad, 10 Mei 2015. Kehadiran beliau diiringi oleh Tuan Haji Mahusin bin Mamat, YM Tuan Shafie bin Tuan Ismail dan Encik Che Lah bin Hamat dari PKG Raja. Kedatangan beliau dan rombongan telah disambut oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, PK Pentadbiran. Tujuan kunjungan mereka ialah untuk memantau persiapan Pusat Sumber Dato' Haji Abbas dalam APSSK 2015.
                 





Simulasi Penghakiman Kali Pertama APSSK 2015

Simulasi Penghakiman Kali Pertama APSSK 2015 telah diadakan di sekolah ini pada hari Khamis, 7 Mei 2015. Antara mereka yang hadir ialah Encik Atip bin Ali, Ketua Pustakawan, PPDSNZ, UMT, Encik Abd Rahim bin Alias, Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Mohd Shahrulnizam bin Zuraimi, Pustakawan Kanan (Panel Hakim), Encik Ramli bin Ismail, PTP I, PKG Paka (Hakim APSSK 2014 - Panel Hakim), Tuan Haji Akram @Amir bin Abdul Majid, Ketua Unit, UPSP, BTPN Terengganu, Encik Amir bin Hamzah dan Puan Roshaliza binti Abdul Wahab dari UPSP, BTPN Terengganu. Mereka diiringi oleh YM Tuan Shafie bin Tuan Ismail, PTP I, PKG Raja dan Encik Che Lah bin Hamat, PTP II, PKG Raja.

Selepas majlis sambutan di pintu utama sekolah, tetamu, pengurusan sekolah dan AJK Pusat Sumber Dato' Haji Abbas menghadiri majlis bergambar di medan perhimpunan.