Mesyuarat Khas AJK Induk

Selasa, 23 Disember 2014 - Satu Mesyuarat Khas AJK Induk Pusat Sumber Dato' Haji Abbas telah diadakan pada hari ini bertempat di perpustakaan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, PK Pentadbiran merangkap Pengerusi AJK Induk PSS.

Lawatan Ke PSPN Terengganu

16 Disember 2014 : Satu rombongan guru-guru pusat sumber SMA Maarif, Besut telah membuat lawatan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri Terengganu.

Khidmat Bantu GPM SMK Tengku Mahmud

Pihak Pusat Sumber Dato' Haji Abbas merasa berbesar hati kerana Cikgu Zaiton bt Yunus, GPM SMK Tengku Mahmud, Besut telah sudi untuk datang memberi khidmat bantu. Kedatangan beliau amat bermakna, kerana beliau merupakan seorang GPM yang berpengalaman. Beliau mempunyai kepakaran dalam sistem fail.

Mesyuarat Khas AJK PSS

Selasa, 9 Disember 2014 - Satu Mesyuarat Khas AJK Pusat Sumber Dato' Haji Abbas telah diadakan pada hari ini bertempat di perpustakaan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Razak bin Abd. Rahman, Guru Perpustakaan dan Media.

Mesyuarat Khas APSS 2014


Isnin, 1 Disember 2014 - Mesyuarat Khas Kali Pertama Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkata Negeri Terengganu 2014 telah diadakan pada hari ini bertempat di perpustakaan.

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 8 TAHUN 2014


TARIKH
:  26 OKTOBER 2014 (AHAD)
TUAN RUMAH
:  PUAN NOMAINA BT CHE SULAIMAN

   (MUHAMAD HASIF BIN HARUN)
ALAMAT
:  NO 79, RAKR PENGKALAN NYIREH, BESUT.

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 6 TAHUN 2014

 
TARIKH
:
11 OKTOBER 2014 (SABTU)
TUAN RUMAH
:
PUAN ROHANI BT HJ OMAR
(KHOIRUNNISAA BT AB MUTALIB)
ALAMAT
:
KG.BUKIT PAYONG, BESUT, TERENGGANU

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 5 TAHUN 2014

TARIKH
:  27 SEPTEMBER  2014 (SABTU)
TUAN RUMAH
:  PUAN ZAINAB BT MOHAMAD

   (MUHAMAD AMIR ASYRAF BIN MOIDER)
ALAMAT
:  RAKR NYIUR TUJUH, JERTEH, BESUT.

Pemandangan ceria di kantin sekolah.


Pemandangan ceria dan gembira di kantin sekolah.

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 4 TAHUN 2014

Sabtu, 30 Ogos 2014 - Program Matematik Tambahan Di Rumah siri 4 telah diadakan di rumah Puan Mahfazah binti Zakaria, Kampung Kerandang, Jerteh, Besut. 
Cikgu Razak, Puan Mahfazah dan Suami dan peserta bergambar
bersama

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 3 TAHUN 2014

Sabtu, 23 Ogos 2014 - Program siri 3 telah diadakan di rumah Encik Abd Aziz, Kampung Limbongan, Besut. Puan Hasnah bt Husein (GKMP Sains dan Matematik) dan Puan Rosmawati bt Yaacob (GKMP Votek) telah hadir memantau program kali ini.

Program Matematik Tambahan Di Rumah Siri 2

Sabtu, 16 Ogos 2014 - Program siri 2 telah diadakan di rumah Haji Adam bin Mohd Said, Kampung Kubang Ikan, Jerteh, Besut. Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail (Pengetua) dan Tuan Haji Mat Zin bin Daud (PK Pentadbiran) telah hadir memantau program kali ini.
Tuan Haji Abdullah Fadzil, Cikgu Razak dan peserta mengabadikan kenangan

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 1 TAHUN 2014

Sabtu, 9 Ogos 2014 : Program Matematik Tambahan Di Rumah Siri 1 telah diadakan di rumah Encik Mohammad Bustaman bin Ali (ayah kepada Mohammad Amirul Fitri bin Mohammad Bustaman, Tingkatan 5PA1) di Kampong Pengkalan Nyireh, Besut. Seramai 13 orang pelajar telah menghadiri program ini. Mereka terdiri daripada 7 orang lelaki dan 6 orang perempuan.

KEM KOMPUTER SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA TERENGGANU 2014.

24 - 26 Jun 2014 : Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah dipilih sebagai tuan rumah Kem Komputer Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu Tahun 2014. Seramai 60 orang murid dari semua sepuluh buah sekolah menengah agama Negeri Terengganu menyertai kem ini. Mereka terdiri daripada 30 orang murid lelaki dan 30 orang murid perempuan. Kem ini juga disertai oleh 20 orang guru. Semua peserta kem menginap di Kompleks Rakan Muda Besut.

Lawatan Penanda Aras Kokurikulum Ke SMKA Johor Bahru, Johor

Pada 23 - 24 April 2014, seramai 4 orang guru dari sekolah ini telah mengikuti Lawatan Penanda Aras Kokurikulum ke SMKA Johor Bahru, Johor. Mereka ialah Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail (Pengetua), Cikgu Azman bin Muhammad (Jurulatih Bola Tampar (P) KESSUMA), Cikgu Razak bin Abd Rahman (Pengurus Sepak Takraw KESSUMA) dan Cikgu Wan Zaki bin Mahmood (Jurulatih Bola Sepak KESSUMA). Lawatan yang disertai oleh 38 orang ini (26 lelaki dan 12 orang perempuan) dianjurkan oleh MAIDAM (Jabatan Dakwah dan Pendidikan)

Lapuran Keputusan SPM 2013

1.
PENDAHULUAN


Keputusan Peperiksaan SPM 2013 telah diumumkan pada hari Khamis, 19 Mac 2013. Seramai 104 calon dari sekolah ini menduduki peperiksaan tersebut. Mereka terdiri daripada 14 orang calon Sains Tulen, 43 orang calon Prinsip Perakaunan dan 47 orang calon Ekonomi Asas. Majlis pengumuman keputusan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato’ Haji Ismail, Pengetua sekolah ini di Dewan Besar pada jam 11.30 pagi. Seramai 3 orang calon berjaya mendapat 10A. Mereka adalah calon terbaik bagi sekolah ini.

Kursus Wasit Juri SMA Terengganu 2014


Kursus Wasit Juri SMA Terengganu telah diadakan pada 7 - 8 Februari 2014 bertempat di Pusat Latihan Kecemerlangan Pendidikan, Batu Rakit, Terengganu. Setiap sekolah telah menghantar 4 orang peserta untuk mengikuti kursus ini. SMA Maarif telah diwakili oleh Ustaz Kamal Ariffin bin Jusoh, Cikgu Razak bin Abd Rahman, Ustazah Nor Fadhlaine bt Mohd Salleh dan Cikgu Wan Ruslina bt Wan Abdullah.

Kunjungan Bekas Murid

Seramai 4 orang bekas murid sekolah ini telah mengunjungi sekolah ini pada hari Khamis, 6 Februari 2014. Mereka terdiri daripada Wan Mardhiah Wahidah, Nurul Alwani bt Mohd Afifi, Che Nor Hasyimah bt Mohd Khalid dan Nor Ayuni bt Che Rahim. Mereka merupakan murid tingkatan 5Bestari tahun 2012. Tujuan mereka bertandang ialah untuk mengunjungi guru-guru dan menyelesaikan beberapa urusan dengan pihak sekolah. Mereka kelihatan gembira dan cukup ceria.

Larian Kecergasan Maarif 2014

Majlis Sukan SMA Maarif telah menganjurkan Larian Maarif pada hari Khamis, 30 Januari 2014. Semua murid tingkatan 1 - 5 mengambil bahagian.

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2014

Majlis tersebut di atas telah diadakan pada hari Rabu, 29 Januari 2014 bertempat di Dewan Dato' BentaraLuar. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Encik Mohd Mahdi bin Musa, ADUN Kota Putera, yang juga Pengerusi PIBG sekolah ini. Majlis yang dimulakan pada jam 10.00 pagi telah mendapat kerjasama yang baik daripada ibu-bapa murid.

Sambutan Maulidur Rasul 1435H

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMA Maarif telah diadakan pada hari Khamis, 24 Januari 2014. Murid dikumpulkan mengikut rumah masing-masing. Perarakan yang dimulakan pada jam 10.30 pagi di sekitar kawasan sekolah turut disertai oleh semua guru.

Majlis Miftahul Ilmi dan Pelancaran Projek PPMR, SPM DAN STPM 2014.


Khamis, 9 Januari 2014 - Satu majlis seperti di atas telah diadakan hari ini bermula pada jam 7.30 pagi. Majlis ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS). Tuan Haji Yasmin bin Yusof (Timbalan Ketua, PPD Besut) telah hadir dan merasmikan majlis ini.