Hari Pertama Sesi Persekolahan Tahun 2017

1 Januari 2017, Ahad - SMA Maarif, Besut telah memulakan hari pertama sesi persekolahan tahun 2017 dengan mengadakan Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Hajat. Majlis telah diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar kerana hujan. Majlis ini telah dihadiri oleh semua guru dan murid. 
Hari pertama persekolahan bertambah meriah dengan kunjungan YB Tuan Haji Mohd Mahdi bin Musa, ADUN Kota Putera merangkap Pengerusi PIBG sekolah ini. YB Abe Adi telah bermurah hati dengan memberi sumbangan wang tunai kepada 2 orang murid yang menyambut hari lahir pada hari ini. Beliau juga telah menyampaikan hadiah penghargaan (wang tunai) kepada calon yang mendapat 11A dalam PT3 2016.