Pendaftaran Tingkatan Satu Tahun 2019

30 Disember 2019 (Ahad) : Majlis pendaftaran murid tingkatan satu tahun 2019 berlangsung hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar.

Cikgu Mahusin Kembali ke Rahmatullah

18 November 2018(Ahad) - Warga SMA Maarif menerima satu khabar duka. Cikgu Mahusin bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah semalam. Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Kampung Nyiur Tujuh pada jam 10.00 pagi. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Tujuh sebaik sahaja selesai solat jenazah.

Jamuan Akhir Tahun Kelab Warga Tahun 2018

8 November 2018 (Khamis) - Jamuan Akhir Tahun Kelab Warga SMA Maarif, Besut telah diadakan pada jam 1.00 tengahari hari ini bertempat di Isma Cafe, Alor Keli, Alor Lintah, Jerteh, Terengganu. Seramai 71 orang ahli telah menghadiri jamuan ini.

Pertandingan Rero Robot Kebangsaan 2018

4 November 2018 - Seramai tiga orang murid SMA Maarif telah menyertai Pertandingan Rero Robot Peringkat Kebangsaan tahun 2018 yang diadakan di Mines, Serdang, Selangor. Mereka diiringi oleh Cikgu Zamaruddin bin Jaafar dan Cikgu Mohd Aiman Nazri. Team SMA Maarif telah menduduki tangga kesembilan daripada 26 team yang bertanding dan gagal untuk menempatkan diri dalam kelompok enam terbaik.

Majlis Perpisahan Sheikh Mahmood

29 Oktober 2018 (Isnin) - Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Haji Mahmood Ali Ibrahim AlManoufy (Sheikh Mahmood) bertempat di Dewan Makan, Aspuri. Sheikh Mahmood akan kembali ke negara asalnya, Mesir setelah berkhidmat secara kontrak di sekolah ini selama lima tahun. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 03 Januari 2013.

Program Kolaboratif Antara SM Imtiaz dan SMA Maarif 2018

24 Oktober 2018 (Rabu) : Program Kolaboratif Antara SM Imtiaz, Besut dan SMA Maarif telah diadakan pada hari ini bertempat di SMA Maarif. Program ini diadakan khusus untuk pelajar elit SPM SMA Maarif.

Program Pasca PT3 2018

22 Oktober 2018 (Isnin) - Pelbagai program telah dirancang untuk dilaksanakan kepada murid-murid tingkatan tiga untuk memenuhi waktu persekolahan yang masih berbaki.

Pertandingan VLE Peringkat Daerah Besut 2018

15 Oktober 2018 (Isnin) : Dua orang murid sekolah ini telah menyertai Pertandingan VLE Peringkat Daerah Besut (Peringkat Saringan) yang telah diadakan di Frog Classroom SMK Tengku Mahmud 2. Mereka terdiri daripada Muhammad Amir Bukhari bin Kamaruzaman (2 Bukhari) dan Yusri Raemy bin Yuspa Ziladen (2 Bukhari). Mereka telah melayakkan diri untuk peringkat akhir yang akan diadakan pada hari Khamis, 18 Oktober 2018 di tempat yang sama.

Program Pasca PT3 - Pertandingan Memasak Bubur Asyura

11 Oktober 2018 (Khamis) - Pertandingan Memasak Bubur Asyura diadakan pada hari ini bertempat di garaj kereta perkarangan Aspuri. Program Pasca PT3 ini melibatkan semua murid tingkatan 3.

Ceramah Maal Hijrah 1440H

7 Oktober 2018 (27 Muharram 1440) (Ahad) : Satu ceramah maal hijrah bertajuk Hijrah Rasulullah, Iktibar Bagi Kehidupan Muslim telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Azrul Hisyam bin Mohamad (bekas pelajar SMA Maarif) dari SK Panchor, Hulu Besut. Ceramah yang diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar ini (hujan turun dengan renyai-renyai) telah dihadiri oleh semua guru dan murid.

Majlis Penutup Sambutan Hari Kemerdekaan 2018

18 September 2018 (Selasa) - Majlis Penutup Sambutan Hari Kemerdekaan ke 61 Tahun 2018 peringkat sekolah diadakan pada hari ini bertempat di Medan Ilmu.

Karnival Sukan Tingkatan Enam 2018

28 Ogos 2018 (Selasa) : SMA Maarif menjadi tuan rumah Karnival Sukan Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Agama Terengganu tahun 2018. Acara yang dipertandingkan ialah Bola Jaring, Bola Tampar (lelaki & perempuan), Petanque (lelaki & perempuan), Badminton (lelaki & perempuan) dan Futsal.

Peperiksaan Percubaan SPM 2018

27 Ogos 2018 (Isnin) : Peperiksaan Percubaan SPM 2018 bermula pada hari ini dan akan tamat pada 13 September 2018. Seramai 141 orang calon akan menduduki Peperiksaan SPM pada tahun ini. Peperiksaan ini dijalankan di Dewan Dato' Bentara Luar dengan diawasi oleh guru-guru yang terlibat dengan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Ceramah Penghayatan Ibadah Korban oleh Da'i Farhan TV3

12 Ogos 2018 (Ahad) - Warga SMA Maarif merasa amat bertuah kerana dapat mendengar ceramah oleh Dai Farhan secara langsung di Medan Ilmu.

Kursus Kepimpinan Pengawas PSDHA 2018

4 Ogos 2018 (Sabtu) : Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Dato' Haji Abbas (PSDHA) tahun 2018 telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Tayang 1. Kursus ini telah dirasmikan oleh Encik Che Lah bin Hamat, Pegawai Teknologi Pendidikan II, Pusat Kegiatan Guru (PKG) Raja, Besut.

Kursus Kepimpinan Pengawas PSDHA tahun 2018

 4 Ogos 2018 (Sabtu) : Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Dato' Haji Abbas (PSDHA) tahun 2018 telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Tayang 1. Kursus ini telah dirasmikan oleh Encik Che Lah bin Hamat, Pegawai Teknologi Pendidikan II, Pusat Kegiatan Guru (PKG) Raja, Besut.

Program Tuding 100% SPM 2018 (Matematik Tambahan)

1 Ogos 2018 (Rabu) : Program Tuding 100% SPM 2018 untuk mata pelajaran Matematik Tambahan telah diadakan di SMA Ittifakiah, Jerteh melibat murid-murid dari SMA Maarif dan SMA Ittifakiah. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Besut. Fasilitator yang mengendalikan program ini ialah Cikgu Che Daud bin Salleh (SMA Ittifakiah) dan Cikgu Razak bin Abd Rahman (SMA Maarif).

Program Tuding 100% SPM 2018 (Sains)

30 Julai 2018 (Isnin) : Program Tuding 100% SPM 2018 untuk mata pelajaran berlangsung di Dewan Dato' Bentara Luar, SMA Maarif. Program yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Besut ini mengabungkan pelajar-pelajar dari SMA Maarif dan SMA Ittifakiah.

Aktiviti Kokurikulum

17 Julai 2018 (Selasa) : Aktiviti kokurikulum pada hari ini.

Jamuan Buah-Buahan Tempatan

24 Julai 2018 (Selasa) : Semua guru dan murid menghadiri jamuan buah-buahan tempatan yang diadakan di Medan Ilmu.

Perkemahan Tahunan Unit Beruniform Tahun 2018

19 Julai 2018 (Khamis) - Perkemahan Tahunan Unit-Unit Beruniform Tahun 2018 SMA Maarif diadakan di Peladang Agro Resort, Setiu, Terengganu.

Program Temu Murni Calon PT3 & SPM 2018

16 Julai 2018 (Isnin) - Program ini diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar.

KESSUMA 2018

16 Julai 2018 - Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) berlangsung pada 16 - 20 Julai 2018. Kejohanan peringkat kebangsaan ini diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak. Seramai 15 orang pelajar ( 9 perempuan dan 6 lelaki) SMA Maarif telah dipilih untuk mewakili kontijen Negeri Terengganu ke kejohanan kali ke 19 ini. Dua orang guru iaitu Cikgu Wan Zaki bin Wan Mahmood (Bola Sepak) dan Cikgu Azman bin Mohamad (Bola Tampar (P)) turut melengkapkan senarai kumpulan jurulatih KESSUMA 2018.

Kelas Frog VLE

23 Julai 2018 (Isnin) : 12.00 - 01.00 tgh - Tingkatan 5 Ibnu Majah

Program Mentor-Mentee

1 Julai 2018 (Ahad) - Program Mentor-Mentee diadakan pada hari ini melibatkan semua guru dan murid bertempat di Medan Ilmu dan beberapa kelas.

Team Robotik SMA Maarif Layak ke Peringkat Kebangsaan 2018

30 Jun 2018 (Sabtu) - Tahniah kepada Team Robotik SMA Maarif kerana telah mendapat tempat ke enam pertandingan RAC'18 State Level Compition, East Cost (Kelantan, Terengganu, Pahang) sekali gus layak ke peringkat kebangsaan. Pertandingan yang disertai oleh 32 team ini telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu, Terengganu.

Majlis Sambutan Hari Raya Eidil Fitri Tahun 1439H

28 Jun 2018 (14 Syawal 1439H), Khamis - Majlis Sambutan Hari Raya Eidil Fitri SMA Maarif Tahun 2018 (1439H) & Majlis Persaraan Puan Romalah binti Osman (Pembantu Makmal) diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar.

Program Jejak Kasih Ramadhan 1439H

30 Mei 2018 (Rabu) - Kumpulan Pengurusan Sekolah berkunjung ke rumah keluarga murid yang sedang diuji dengan kesakitan. Rombongan diketuai oleh Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua. Turut serta dalam kunjungan ini ialah Encik Mohd Azami bin Abd Ghani (PK Pentadbiran), Encik Sharbi bin Ali (PK Hal Ehwal Murid), Cikgu Marliana binti Othman (Kaunselor), Cikgu Lizawati binti Che Zakaria(Kauselor) dan Puan Hajjah Hasnah binti Husin (Mantan GKMP Sains dan Matematik)

Program Tadarus 1439H

21 Mei 2018 (Isnin) - Seperti tahun-tahun sebelum ini, SMA Maarif mengadakan Program Tadarus al Quran sepanjang bulan Ramadhan. Program ini disertai oleh semua guru dan murid bermula jam 7.30 - 8.00 pagi.

Sambutan Hari Guru 2018

16 Mei 2018 (Rabu) - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah ini telah diadakan pada hari ini dengan dihadiri oleh semua guru dan murid. Majlis dimulai dengan Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Hajat di Medan Ilmu. Kemudian, semua guru dan murid bersama-sama membaca surah yasin.

Sukan Tahunan 2018

25 April 2018 (Rabu) : Sukan Tahunan diadakan pada hari ini bertempat di Padang Permainan SMA Maarif.

Program Jom Baca Bersama 10 Minit

24 April 2018 (Selasa) - Warga SMA Maarif turut mengambil bahagian dalam program ini yang dijalankan serentak di seluruh Negeri Terengganu. Program selama 10 minit telah diadakan pada jam 11.00 - 11.10 pagi. 

Peserta Silat Kebanggaan Maarif

24 April 2018 (Selasa) - Seramai empat orang peserta silat SMA Maarif telah mencipta kejayaan di kejohanan silat yang dianjurkan oleh PPD Besut.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas PSDHA

8 April 2018 (Ahad) : Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Dato' Haji Abbas & Majlis Pelancaran NILAM Tahun 2018 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Ismail, Penolong Pesuruhjaya, JHEAT yang mewakili Tuan Haji Lothman bin Haji Awang, Ketua Penolong Pesuruhjaya, JHEAT (Bahagian Pendidikan)

Aktiviti Membaca Selama 15 Minit

4 April 2018 (Rabu) - SMA Maarif telah menjalankan aktiviti Membaca Selama 15 Minit bermula jam 7.30 pagi hari ini. Aktiviti dijalankan di kelas masing-masing. Semua murid mengambil bahagian dengan dipantau oleh guru yang mengajar pada waktu yang berkenaan.

Cikgu Marina Kembali Ke Rahmatullah

1 April 2018 (Ahad) - Warga SMA Maarif, Besut merasa amat sedih kerana salah seorang guru sekolah ini, Cikgu Marina binti Muda telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 tengahari.Solat jenazah telah diadakan selepas solat fardhu isyak di Masjid Nasiruddin Shah, Kampung Raja dengan dihadiri lebih daripada 500 orang. Mereka terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan, murid-murid dan ahli jemaah masjid ini. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja.

Catatan Facebook:

Catatan 1
Semoga syurga buatmu guruku Marina Muda.
Alfatihah.
Latifah Ilyana Ibrahim - bekas pelajar

Pemberian Tablet Tahun 2018

14 Mac 2018 (Rabu) - Seramai 70 orang guru SMA Maarif, Besut telah menerima Tablet sumbangan daripada KPM. Majlis Penyerahan Tablet telah disempurnakan oleh YB Haji Mohd Mahdi bin Musa, ADUN Kota Putera bertempat di Kota Putera Square, Kampong Raja.

SMA Maarif Juara Berganda

10 Mac 2018 (Sabtu) - SMA Maarif muncul sebagai juara berganda dalam Kejohanan Sukan MASMAT untuk acara bola sepak (bawah 15 tahun) dan bola tampar (perempuan) tahun 2018. Pasukan bola sepak SMA Maarif telah muncul sebagai johan setelah menewaskan SMASZA Ladang 4 - 1 melalui tendangan penalti. Kedua-dua pasukan seri 4 - 4 dalam perlawanan sebenar. Pasukan bola sepak dilatih oleh Cikgu Wan Zaki bin Mahmud. Cikgu Mohd Kthabi bin Yusof bertindak sebagai pengurus pasukan.

Tahniah SMA Maarif - Sekolah Terbaik STPM 2017

6 Mac 2018 (Selasa) - SMA Maarif, Besut telah muncul sebagai sekolah terbaik STPM 2017 Peringkat Kebangsaan. Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua telah menerima Sijil dan Plat daripada YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia pada Majlis Penyampaian Anugerah Sekolah Terbaik dan Pelajar Terbaik STPM dan MUET Tahun 2017. Majlis tersebut telah diadakan di Putra Jaya Marriot Hotel.

Taklimat Frog VLE

25 Februari 2018 (Ahad) - Satu majlis taklimat mengenai Frog VLE telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Majlis yang bermula pada jam 12 tengahari ini dihadiri oleh 20 orang guru dan 200 orang pelajar tingkatan satu, dua dan empat. Taklimat yang menarik ini telah disampaikan oleh Puan Zaitul binti Zainuddin dari Unicliq Sdn. Bhd.

Program IT4U@Besut 2018

19 Februari 2018 (Isnin) - Seramai lima orang murid tingkatan satu telah dipilih untuk menyertai tersebut di UniSZA, Kampus Tembila. Program sehari ini telah dirasmikan oleh YB Haji Mohd Mahdi bin Musa, ADUN Kota Putera. Cikgu Razak bin Abd Rahman telah diberi tanggungjawab sebagai guru pengiring.

Mesyuarat Pengurusan Aktiviti PSS SMA Terengganu 2018

8 Februari 2018 (Khamis) : Mesyuarat Pengurusan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Menengah Agama Terengganu tahun 2018 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Ismail, Penolong Kanan Pesuruhjaya (Bahagian Pendidikan, JHEAT).


Majlis Miftahul Ilmi & Pelancaran Projek PT3, SPM dan STPM 2018

31 Januari 2018 (Rabu) - Majlis Miftahul Ilmi dan Pelancaran Projek PT3, SPM dan STPM 2018 diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Majlis yang penuh warna-warni dirasmikan oleh YM Haji Engku Abdullah bin Engku Dalam Ahmad, Penolong Kanan Pesuruhjaya, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Kejohanan Merentas Desa MSSD Besut 2018

25 Januari 2018 (Khamis) - Seramai 24 orang murid SMA Maarif menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD Besut 2018. Kejohanan kali ke-15 ini diadakan di SK Keruak, Hulu Besut.


Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-11

22 Januari 2018 (Isnin) - Mesyuarat Agung PIBG SMA Maarif Kali ke-11 diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato, Bentara Luar.

Larian Kecergasan Maarif 2018

18 Januari 2018 (Khamis) -  Larian Kecergasan Maarif 2018 telah diadakan pada hari ini. Larian yang disertai oleh semua murid telah dimulakan pada jam 8.30 pagi. Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua telah melepaskan peserta lelaki terlebih dahulu, diikuti dengan peserta perempuan 15 minit kemudian.