Keputusan SPM 2012

21 Mac 2013 - Keputusan Peperiksaan SPM 2012 telah diumumkan pada hari ini amat memberangsangkan. Gred Purat Sekolah telah meningkat sebanyak 0.12 kepada 4.42 berbanding SPM 2011 (4.54). Tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru SPM di atas komitmen yang ditunjukkan dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar SMA Maarif. Marilah kita berganding bahu menekadkan azam untuk terus mencipta kecemerlangan untuk SPM 2013.