Penyelia Asrama Meninggal Dunia

9 September 2017, Sabtu - Warga SMA Maarif menerima satu khabar duka. Encik Wan Azmi bin Mohamad, Penyelia Asrama Kanan telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.50 malam, 8 September 2017 di Hospital Daerah Besut, Jerteh. Jenazah beliau telah disembahyangkan di kediamannya di Lot 3271, Jalan Komuniti Sukan, Kampung Gong Kemuntong, 22000 Jerteh. Jenazah allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam berdekatan dengan Masjid Hadhari, Jerteh.

Majlis Meraikan Persaraan Cikgu Mahani

6 September 2017 (Rabu) - Majlis Meraikan Persaraan Cikgu Mahani binti Abu Bakar telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar, SMA Maarif, Besut.

Kursus Penyembelihan Haiwan Tahun 2017

6 September 2017 (Rabu) - Kursus Penyembelihan Haiwan Peringkat Sekolah Tahun 2017 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Makan ASPURI, SMA Maarif, Besut. Kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah dihadiri guru-guru dan 151 orang pelajar tingkatan empat.