Lawatan Kerja KPP BTPN Terengganu

10 Januari 2017, Selasa - Tuan Haji Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah (KPP), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) telah membuat lawatan kerja ke Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut, Terengganu pada hari ini. Turut serta dalam rombongan ini ialah Tuan Haji Akram @ Amir bin Abdul Majid, Penolong Pengarah (KU UPSP), Encik Badrul Hishan bin Mohd Zin dan Puan Siti Halijah binti Ramli. Kedatangan rombongan pada jam 12.30 tengahari telah disambut oleh Encik Mohd Azami bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM (memangku tugas PK Pentadbiran). Rombongan telah dibawa ke Bilik Pengetua untuk bertemu dengan Tuan Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie, Pengetua. Satu perbincangan dalam pelbagai perkara telah berlangsung. Perbincangan berlangsung dengan penuh mesra dan ceria.
Sebelum bertolak pulang, KPP dan ahli rombongan telah berkunjung ke perpustakaan untuk melihat secara lebih dekat keistemewaan bilik yang menjadi tempat para hakim APSSK 2015 membuat penilaian. Akhir sekali, ahli rombongan telah dihidangkan dengan sedikit juadah yang disediakan oleh Cikgu Kahizah binti Abd Kadir dan rakan-rakannya. Rombongan bertolak pulang pada jam 2.00 petang.