Dua Murid SMA Maarif menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSM 2019

Dua orang murid SMA Maarif, Besut telah dipilih sebagai pemain Bola Tampar (Perempuan Bawah 18 Tahun) ke Kojahanan Bola Tampar MSSM 2019 yang berlangsung pada 24 - 29 Mac 2019 di Dewan Tanjung, MBSA, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor. Mereka ialah Nur Aishah Solehah binti Md Yaakub (T5) dan Nur Fatini Waheeda binti Mohd Suhaimi (T4). Pasukan Terengganu telah berjaya memenangi tempat keempat.
Nur Aishah Solehah (kanan) dan Nur Fatini Waheeda (kiri)

SMA Maarif Terbaik STPM 2018 Negeri Terengganu

11 Mac 2019 (Isnin) : SMA Maarif, Besut muncul sebagai sekolah terbaik peringkat Negeri Terengganu dalam Peperiksaan STPM 2018. SMA Maarif mencatat PNGK 3.38 meninggalkan SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu ditempat kedua dengan PNGK 3.33. SMK Chalok, Setiu menduduki tempat ketiga dengan PNGK 3.24.

Kejohanan MASMAT Tahun 2019

7 - 9 Mac 2019 : Kejohanan Sukan MASMAT tahun 2019 diadakan di SMA Mahmudiah, Kuala Berang, Terengganu. Acara yang dipertandingkan ialah Bola Sepak (MA), Bola Tampar (P), Bola Jaring dan Badminton (P). Pasukan Bola Tampar (P) berjaya mengekalkan juara yang dimenangi pada tahun lepas. Pasukan Bola Sepak berjaya membawa pulang pingat gangsa setelah tewas tipis 0 - 1 kepada SMA(A)SZA, Batu Burok dalam pertandingan separuh akhir.

Pasukan Bola Tampar (P) Johan Lagi

10 Mac 2019 (Ahad) : Pasukan bola tampar (perempuan terbuka) SMA Maarif berjaya mengekalkan Johan yang dimenangi pada tahun 2018 di Kejohanan Sukan MASMAT 2019.

Kejohanan MASMAT Tahun 2019

28 Februari 2019 : Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu (MASMAT) bagi acara Bola Tampar (L), Bola Sepak (MR), Ping pong (L - MR), Ping Pong (L - MA) dan Bola Jaring (MR) diadakan di SMA Marang, Terengganu. Kejohanan yang berlangsung pada 28 Februari - 2 Mac 2019 disertai oleh 14 buah sekolah (10 buah SMA, 3 buah Madrasah Modem dan 1 buah MTQ).