Mesyuarat Khas PSDHA

27 Julai 2015, Isnin - Satu mesyuarat khas PSDHA telah diadakan pada jam 8.30 pagi hari ini bertempat di Bilik Pengetua. Mesyuarat telah dipengurusikan oleh Haji Mat Zin bin Daud, Penolong Kanan Pentadbiran. 

Antara yang hadir ialah :
1. Encik Sukeri bin Ibrahim (PK Kokurikulum)
2. Puan Hasnah bt Hussein (GKMP Sains dan Matematik)
3. Puan Hayati bt Mohamad (GKMP Bahasa)
4. Puan Jailami bt Muhammad (GKMP Agama)
5. Puan Rosmawati bt Yaakub (GKMP VOTEKS)
6. Encik Razak bin Abd. Rahman (GPM, Setiausaha PSDHA)
7. Puan Kahizah bt Abd Kadir (Penolong Setiausaha PSDHA)

Agenda mesyuarat adalah 
1. Lawatan Haji Matsor bin Ismail, Timbalan Pengarah, JPN Terengganu pada 2 Ogos 2015       (Ahad)
2. Penilaian APSSK 2015 pada 6 Ogos 2015 (Khamis).

Penilaian APSSK 2015

Penilaian APSSK 2015 di Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut akan diadakan pada hari Khamis, 6 Ogos 2015. Panel Hakim terdiri daripada Encik Zakaria bin Hassan, Ketua Unit, UPSP, BTPN Kelantan dan Haji Jonaidi bin Osman, Ketua Unit, UPSP, BTPN Pahang.


Majlis Khatam Al-Qur'an dan Penyampain Duit Raya 1436H

Rabu, 15 Julai 2015 - Satu majlis seperti di atas telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Majlis ini yang merupakan acara tahunan disempurnakan oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua SMA Maarif. Semua guru dan pelajar menghadiri majlis ini.

Majlis Iftor Jamai' 2015

Ahad, 12 Julai 2015 - Satu majlis berbuka puasa telah diadakan di dewan makan aspuri pada hari ini. Mereka yang terlibat ialah semua guru dan keluarga, semua kakitangan dan keluarga dan semua penghuni aspura dan aspuri. Suasana sungguh meriah. Hidangan yang disediakan enak-enak belaka.
 

Kem Penghayatan Al-Qur'an Tingkatan 4

Rabu, 8 Julai 2015 - Kem Penghayatan Al-Qur'an untuk semua pelajar tingkatan 4 telah diadakan pada hari ini. Program yang dijalankan dari jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar. Ustaz Kamal Ariffin bin Jusoh diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kem ini.

Kem Tahsin Al-Qur'an Tingkatan 2

Selasa, 7 Julai 2015 - Kem Tahsin Al-Qur'an untuk semua pelajar tingkatan 2 telah diadakan pada hari ini. Program yang dijalankan dari jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar. Ustaz Kamal Ariffin bin Jusoh diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kem ini.

Program Bilas APSSK 2015

Selasa, 7 Julai 2015 - Program Bilas dijalankan hari ini. Semua PTP UPSP BTPN Terengganu telah hadir, diketuai oleh Tuan Haji Amir bin Abd Majid, Ketua Unit. Turut hadir ialah YM Tuan Shafie bin Tuan Ismail dan Encik Che Lah bin Hamat dari PKG Raja. Encik Syamaiza (pakar video) dari SK Guntong Luar, Setiu turut hadir. Program telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.

Program Sayangi Diri Jauhi Dadah

Khamis, 2 Julai 2015 - Unit Bimbingan dan Kauseling sekolah ini telah mengadakan Program Sayangi Diri Jauhi Dadah bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Program yang bermula jam 8.30 pagi ini telah dihadiri oleh 40 orang murid teingkatan dua.
Tuan Haji Abdullah Fadzil, Pengetua turut hadir memberi sokongan

Lawatan Kerja Ketua Unit, UPSP, BTPN Terengganu

Selasa, 30 Jun 2015 - Tuan Haji Akram @ Amir bin Abd Majid, Ketua Unit, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah berkunjung ke sekolah ini. Kali ini, beliau memberi tumpuan untuk proses bilasan Bahagian B dan C. Aktiviti bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 3.10 petang. 

Kessuma