Bengkel Digital 2019

24 April 2019 (Rabu) - Seramai dua orang pelajar SMA Maarif telah menghadiri Bengkel Digital Sekolah Menengah Agama Terengganu tahun 2019 yang diadakan di SMA Khairiah, Kuala Terengganu. Mereka terdiri daripada Muhamad Iskandar bin Sufian (4Bukhari) dan Azem Zulfan bin Zulkifli (3Muslim). Kehadiran mereka diiringi oleh Cikgu Muhamad Izwan bin Zakaria.

Jom Baca Bersama-sama 10 Minit 2019

23 April 2019 (Selasa) : Program Jom Baca Bersama-sama 10 Minit 2019 peringkat SMA Maarif, Besut diadakan pada jam 11.00 - 11.10 pagi hari ini. Program yang dijalankan secara serentak di seluruh Negeri Terengganu disertai oleh semua guru dan murid sekolah ini.

Majlis Persaraan Cikgu Kahizah

1 April 2019 (Isnin) : Majlis Persaraan Cikgu Kahizah binti Abd Kadir berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar, SMA Maarif. Majlis yang dihadiri oleh semua guru, kakitangan dan pelajar dimulakan pada jam 12.00 tengahari dan berakhir pada jam 1.30 petang. Cikgu Kahizah membuat keputusan untuk bersara awal pada usia 58 tahun setelah berkhidmat selama lebih daripada 35 tahun.