Lawatan Penanda Aras SESMA dan SM Teknik Kuala Terengganu

15 September 2015, Selasa - Pada hari ini SMA Maarif menerima dua rombongan yang membuat lawatan penanda aras. Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (SESMA) dan Sekolah Menengah Teknik, Kuala Terengganu. Rombongan dari SESMA diketuai oleh Puan Asmal binti Ramli, Kaunselor. Sementara Puan Hajjah Madihah bt Mohd Rashid, GPM mengetuai rombongan dari SM Teknik, Kuala Terengganu. Rombongan telah selamat sampai pada jam 11.30 pagi.

Maklumat lanjut tentang lawatan ini boleh dilayari dialamat lpasesma.blogspot.com dan lpasmtktrg.blogspot.com

Lawatan Penanda Aras SESMA

15 September 2015, Selasa - Seramai 5 orang guru dan 30 orang murid Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (SESMA) telah membuat lawatan penanda aras ke sekolah ini. 

Mesyuarat Khas Pengurus Fail Instrumen

9 September 2015, Rabu - Satu mesyuarat khas pengurus-pengurus fail instrumen APSSK telah diadakan pada jam 2.30 petang hari ini bertempat di Perpustakaan sekolah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media (GPM).

Guru yang hadir ialah:

1. Encik Razak bin Abd Rahman (GPM)
2. Puan Zarena bt Mahabat Khan (Pengurus Fail A)
3. Puan Yati bt Mustaffa (Pengurus Fail D)
4. Puan Nor Hazila bt Mah Hassan (Pengurus Fail E)
5. Puan Norizan bt Yunus (Pengurus Fail F)
6. Puan Suziati bt Ibrahim (Pengurus Fail G)

Lawatan Penanda Aras Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan

8 September 2015, Selasa - Pada hari ini, sekolah menerima Lawatan Penanda Aras dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Rombongan yang diketuai oleh Encik Zahari bin Deraman, GKMP Sains Sosial telah tiba pada jam 11.00 pagi.

Berita lanjut tentang lawatan ini boleh dilayari dialamat lpasic.blogspot.com

Mesyuarat Jawatankuasa FROG VLE

6 September 2015, Ahad - Satu mesyuarat jawatankuasa Frog VLE telah diadakan pada jam 2.30 petang hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat sekolah. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua.

LADAP 2015 - Bengkel Pengurusan Fail Panatia

5 September 2015, Sabtu - Jawatankuasa LADAP SMA Maarif, Besut telah berjaya mengadakan bengkel tersebut bermula jam 8.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat sekolah.

Kelas Relief 1Dinamik

3 September 2015, Khamis - Kelas 3 Dinamik telah berkunjung ke Makmal Komputer untuk melayari internet yang dikendalikan oleh Cikgu Razak bin Abd Rahman. Mereka telah dibimbinf untuk melayari blog rasmi sekolah. Murid-murid telah mendapat banyak maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di sekolah ini. Aktiviti ini telah memdedahkan murid-murid tentang Kemahiran ICT.

Mesyuarat AJK Induk PSDHA Kali Ke-3 2015

1 September 2015, Selasa - Mesyuarat Jawatankuasa Induk PSDHA Kali ke-3 tahun 2015 telah diadakan pada jam 2.30 petang hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat sekolah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua.