SMA Maarif Johan Keseluruhan MASMAT 2017

25 Februari 2017, Sabtu - SMA Maarif, Besut telah muncul sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan MASMAT Zon A 2017 setelah menjadi johan dalam 9 daripada 16 acara yang dipertandingkan. Acara tersebut ialah Sepak Takraw (Men Rendah), Badminton (L - Men Rendah), Ping Pong ( L - Men Atas), Ping Pong (L - Men Rendah), Bola Tampar (L), Badminton (P - Men Atas), Ping Pong ( P - Men Atas), Ping Pong ( L - Men Rendah) dan Bola Tampar (P).
Pasukan Sepak Takraw (Men Rendah)

Kursus Pengakap Muda Udara di Melaka

Seramai 18 orang ahli Pengakap Udara SMA Maarif, Besut (10 lelaki dan 8 perempuan) telah mengikuti kursus tersebut yang diadakan di Melaka.

Kejohanan Sukan MASMAT Zon A 2017

23 Februari 2017, Khamis - SMA Maarif, Besut telah dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan MASMAT 2017 (Zon A). Kejohanan selama 3 hari ini melibat peserta dari 3 buah sekolah iaitu SMA Maarif, Kampong Raja, SMA Ittifakiah, Jerteh dan SMA Setiu, Setiu. Johan bagi setiap acara akan mewakili Zon A ke Kejohanan Sukan MASMAT Akhir yang akan diadakan di SMA Al-Falah, Kemaman pada 9 - 11 Mac nanti.

Pelancaran Minggu Antidadah 2017

19 Februari 2017, Ahad - Majlis Pelancaran Minggu Antidadah Peringkat SMA Maarif, Besut diadakan pada hari ini bertempat di Medan Perhimpunan. Majlis yang penuh warna-warni ini disempurnakan oleh Puan Normayati bt Mat Nawi, Ketua Pengawai, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Besut.

Majlis Penyerahan CD MBMMBI 2017

8 Februari 2017, Rabu - Satu majlis ringkas penyerahan CD MBMMBI 2017, English For Young Learners diadakan pagi ini di Bilik Tayang. Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media telah menyerahkan CD berkenaan kepada Puan Hajjah Hayati binti Mohamad, GKMP Bahasa. Puan Hayati kemudiannya menyerahkan CD berkenaan kepada Puan Zaila binti Mat, Ketua Panatia Bahasa Inggeris.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan 2017

5 Februari 2017, Ahad - Majllis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas BADAR, Pengawas PSS dan Pembimbing Rakan Sebaya 2017 SMA Maarif, Besut telah diadakan pada hari ini bertempat di Dataran Ilmu. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Lothman bin Awang, Ketua Penolong Pesuruhjaya, Bahagian Pendidikan, JHEAT.