Jamuan Akhir Kelab Warga dan PSDHA

18 November 2015, Rabu - Majlis jamuan akhir tahun Kelab Warga sekolah ini telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Makan, Aspuri.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu 2015

17 November 2015, Selasa - Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah mendapat johan dalam beberapa kategori dalam majlis kali ini. Kejayaan ini membolehkan SMA Maarif membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 12,550.00. Pencapaian ini merupakan yang paling cemerlang dalam sejarah sekolah ini.

Peperiksaan SPM 2015

2 November 2015, Isnin - Peperiksaan SPM tahun 2015 bermula hari ini. Mata pelajaran pertama ialah Bahasa Melayu. Mata pelajaran terakhir bagi calon sekolah ini ialah Ekonomi Asas yang akan berlangsung pada hari Rabu, 2 Disember 2015. Seramai 132 calon menduduki peperiksaan yang penting ini. Mereka terdiri daripada 24 orang Aliran Sains Tulen, 43 orang Aliran Prinsip Perakaunan dan 64 orang Aliran Ekonomi Asas.