Program Trans Spirit Leader Pengawas Pusat Sumber SMA Terengganu 2017

31 Mac 2017, Jumaat - Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah menganjurkan program di atas pada 31 Mac - 1 April 2017 (Jumaat - Sabtu). Program ini diadakan di Sungai Kelemin, Hulu Dungun, Terengganu. Seramai 10 orang guru pengiring dan 30 orang pengawas pusat sumber dari 10 buah sekolah menengah agama Terengganu telah menghadiri program ini.
Peserta dari SMA Maarif ialah Cikgu Razak bin Abd Rahman (guru pengiring), Kamal Amirul Asyraf bin Kamal Ramlee (4IBM), Muhammad Helmy bin Shamsuddin (4TIR) dan Muhammad Amirul Amsyar bin Adnan (4IBM)