Majlis Solat Hajat, Temu Murni dan Restu Ilmu Pelajar Pra-U Penggal 2 2017

18 Mei 2017, Khamis - Satu majlis yang disertai oleh guru, ibu bapa dan pelajar Pra Universiti diadakan bermula jam 7.30 pagi hari ini bertempat di Musalla Perempuan. Majlis yang merupakan acara tahunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua SMA Maarif.

YB Abe Adi Sambut Hari Guru Bersama Warga SMA Maarif

16 Mei 2017, Selasa - YB Tuan Haji Mohd Mahdi bin Musa (lebih mesra dengan panggilan Abe Adi), ADUN Kota Putera telah sudi datang untuk memeriahkan Sambutan Hari Guru Tahun 2017 bersama dengan warga SMA Maarif. Kedatanngan Abe Adi pada jam 7.30 pagi telah disambut oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua, Kumpulan Pengurusan dan guru-guru. Acara dimulai dengan perarakan masuk ke kawasan sekolah. Abe Adi telah berkenan untuk memotong reben di pintu utama sekolah. Kemudian, semua yang hadir menunaikan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat di medan perhimpunan.

Majlis Perasmian Penutup Minggu Haluan Siswa Pra Universiti 2017/2018

11 Mei 2017, Khamis - Majlis Perasmian Penutup Minggu Haluan Siswa Pra Universiti 2017/2018 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat sekolah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Ismail, Penolong Pesuruhjaya, Hal Ehwal Murid, Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu.

Pertandingan Program Pengukuhan Bahasa Arab Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan 20017 Zon B

11 Mei 2017, Khamis - Pada hari ini, SMA Maarif, Besut telah menjadi tuan rumah program di atas. Sebanyak lima buah sekolah mengambil bahagian. Sekolah tersebut ialah SMA Maarif, Besut, SMA Ittifakiah, Jerteh, SMA Setiu, Setiu, SMA Khairiah, Kuala Terengganu dan SMA Mahmudiah, Kuala Berang. Pertandingan dibahagi kepada dua iaitu Kalam Jamaie dan Dikir Arab.