Ujian Kemasukan Tingkatan 1 Tahun 2014

Ujian Kemasukan Tingkatan 1 Tahun 2014 telah diadakan pada hari Isnin, 16 Disember 2013. Lebih daripada 250 orang calon telah menghadiri ujian yang diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar, SMA Maarif dan dua bilik darjah.

Perhimpunan Pagi


Perhimpunan Pagi pada hari Selasa, 1 Oktober 2013. Semua murid memakai uniform unit masing-masing.

Kursus LADAP - Frog VLE Siri 1


Kursus LADAP - Frog VLE Siri 1 telah diadakan pada hari Sabtu, 28 September 2013 di makmal komputer sekolah. Seramai 20 orang guru telah menghadiri kursus yang dikendalikan oleh Cikgu Razak bin Abd Rahman dan Cikgu Rohani bt Hussin.

Peperiksaan PMR 2013


Peperiksaan PMR 2013 bermula pada hari Rabu, 2 September 2013. Seramai 155 orang calon sekolah ini  menduduki peperiksaan yang terakhir ini.
Pengetua sedang berbual dengan Mohd Syakir, calon istemewa sekolah ini
sambil diperhatikan oleh Tuan Haji Mat Zin

Mesyuarat Projek SPM Kali 3

Isnin, 8 Julai 2013 - Mesyuarat Projek SPM Kali 3 diadakan dengan jayanya pada hari ini. Mesyuarat yang bermula pada jam 2.15 petang dan berakhir pada jam 4.15 petang. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, PK Pentadbiran. Antara agenda yang dibincangkan  adalah Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun oleh Ustazah Saripah bt Ismail, Setiausaha Peperiksaan Dalaman. Agenda lain ialah perbincangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini.

Keputusan SPM 2012

21 Mac 2013 - Keputusan Peperiksaan SPM 2012 telah diumumkan pada hari ini amat memberangsangkan. Gred Purat Sekolah telah meningkat sebanyak 0.12 kepada 4.42 berbanding SPM 2011 (4.54). Tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru SPM di atas komitmen yang ditunjukkan dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar SMA Maarif. Marilah kita berganding bahu menekadkan azam untuk terus mencipta kecemerlangan untuk SPM 2013.