Majlis Persaraan Cikgu Razak

14 Disember 2020 (Isnin) : Kelab Warga, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut, Terengganu telah mengadakan Majlis Persaraan Cikgu Razak bin Abd Rahman bermula pada jam 11.30 pagi hari ini. Majlis yang disertai oleh sebahagian besar guru dan kakitangan sekolah telah diadakan di Primula Cafe, Besut, Terengganu. Cikgu Razak adalah Guru Perpustakaan dan Media sekolah ini.