Majlis Persaraan Ustazah Rabiah dan Cikgu Wan Ainon

31 Mac 2016, Khamis - Majlis persaraan dua orang guru sekolah ini telah diadakan pada jam 12.00 tengahari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Ustazah Rabiah bt Abd Ghani bersara wajib pada usia 58 tahun. Manakala Cikgu Wan Ainon bt Wan Awang bersara pilihan. Kesemua guru dan murid telah hadir untuk meraikan majlis persaraan mereka berdua.

Majlis Pengumuman Peperiksaan SPM 2015

3 Mac 2016, Khamis - Keputusan Peperiksaan SPM 2015 telah diumumkan pada hari ini. Seperti sebelum ini, SMA Maarif juga mengadakan Majlis Pengumuman dan Penyampaian Slip Peperiksaan SPM 2015 bertempat di dewan makan aspuri.

Keputusan Peperiksaan STPM 2016

2 Mac 2016, Rabu - Keputusan Peperiksaan STPM 2015 telah diumumkan pada hari ini. Alhamdulillah, SMA Maarif telah berjaya menduduki tempat ke-3 diperingkat Daerah Besut dan tempat ke-6 diperingkat Negeri Terengganu. SMK Putra, Jerteh telah muncul sebagai sekolah terbaik diperingkat daerah dan negeri. Manakala SMK Bukit Payong, Hulu Besut telah berjaya menduduki tangga ke-2 diperingkat daerah dan tempat ke-3 diperingkat negeri.