Majlis Perpisahan Tuan Pengetua

27 Mac 2017, Isnin - Satu majlis untuk meraikan perpisahan Tuan Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie, mantan pengetua diadakan pada pagi hari ini bertempat di Medan Perhimpunan. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi dihadiri oleh semua guru dan murid. Tuan Azizol Rahman yang memulakan tugas di sekolah ini pada 13 April 2016 ditukarkan ke SMK Alor Peroi, Besut berkuatkuasa pada 12 Mac 2017.

Majlis Pelancaran SUMUR 2017

12 Mac 2017, Ahad - Majlis Pelancaran SUMUR diadakan pada jam 8.00 pagi hari ini bertempat di Medan Perhimpunan. Majlis yang gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Haji Khairul Azizi bin Idris, Pegawai Agama Daerah Besut.

Majlis Sambutan Hari Lahir Guru, Kakitangan dan Murid

12 Mac 2017, Ahad - Satu majlis sambutan hari lahir bagi guru, kakitangan dan murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari diadakan pagi ini bertempat di Medan Perhimpunan.

Kejohanan MASMAT Akhir 2017

9 Mac 2017, Khamis - Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu (MASMAT) Peringkat Akhir tahun 2017 telah diadakan di SMA Al-Falah, Kemaman, Terengganu. SMA Maarif, Besut telah menghantar 9 pasukan untuk bertanding dalam edisi ke 47 ini.