Majlis Miftahul Ilmi & Pelancaran Projek PT3, SPM dan STPM 2018

31 Januari 2018 (Rabu) - Majlis Miftahul Ilmi dan Pelancaran Projek PT3, SPM dan STPM 2018 diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Majlis yang penuh warna-warni dirasmikan oleh YM Haji Engku Abdullah bin Engku Dalam Ahmad, Penolong Kanan Pesuruhjaya, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Kejohanan Merentas Desa MSSD Besut 2018

25 Januari 2018 (Khamis) - Seramai 24 orang murid SMA Maarif menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD Besut 2018. Kejohanan kali ke-15 ini diadakan di SK Keruak, Hulu Besut.


Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-11

22 Januari 2018 (Isnin) - Mesyuarat Agung PIBG SMA Maarif Kali ke-11 diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato, Bentara Luar.

Larian Kecergasan Maarif 2018

18 Januari 2018 (Khamis) -  Larian Kecergasan Maarif 2018 telah diadakan pada hari ini. Larian yang disertai oleh semua murid telah dimulakan pada jam 8.30 pagi. Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua telah melepaskan peserta lelaki terlebih dahulu, diikuti dengan peserta perempuan 15 minit kemudian.

Kunjungan Mahasiswa Phd UKM

14 Januari 2018 (Ahad) - Pada hari ini, seramai empat orang mahasiswa-mahasiswi UKM yang merupakan pelajar Doktor Falsafah (Phd) telah mengadakan kunjungan ke SMA Maarif. Kedatangan mereka telah disambut oleh Puan Hajjah Norawati binti Abd Rahman, Penolong Kanan Tingaktan Enam dan beberapa orang guru. Mereka telah mengadakan satu perbincangan di Bilik Kaunseling sekolah.

Program Usrah Anjuran Unit BADAR 1439H

14 Januari 2018 (Ahad) - Program Hifzul al Quran untuk semua murid tingkatan 1 - 3 telah diadakan pagi ini di Dewan Dato' Bentara Luar. Program bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 8.30 pagi.

Program Hifzul al Quran 1439H

14 Januari 2018 (Ahad) - Program Hifzul al Quran untuk semua murid tingkatan 1 - 3 telah diadakan pagi ini di Dewan Dato' Bentara Luar. Program bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 8.30 pagi.

Minggu Taaruf Murid Tingkatan Empat Tahun 2018

1 Januari 2018 (Isnin) - Minggu Taaruf Murid Tingkatan Empat Tahun 2018 telah diadakan bermula pada hari ini bertempat di dewan makan, asrama puteri. Semua murid didedahkan dengan mata pelajaran yang akan mereka belajar dalam tingkatan empat dan lima.

LADAP 3 JANUARI 2018

3 JANUARI 2018 : LADAP


























Minggu Taaruf Murid Tingkatan Satu Tahun 2018

1 Januari 2018 (Isnin) - Minggu Taaruf untuk murid tingkatan satu tahun 2018 telah diadakan bermula pada hari ini sehingga hari khamis, 4 Januari 2018. Diisi dengan program yang bermenafaat, minggu taaruf telah diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar.

Majlis Persaraan Cikgu Sukeri dan Cikgu Hasnah

2 Januari 2018 (Selasa) - Majlis persaraan Cikgu Sukeri bin Ibrahim (PK Kokorikulum) dan Cikgu Hasnah bt Hussein (GKMP Sains dan Matematik) telah diadakan pada jam 11.00 pagi hari ini.

Mesyuarat JKS Kali Pertama Tahun 2018

1 Januari 2018 (Isnin) - Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) telah diadakan pada jam 2.30 petang hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua.
 

Solat Hajat Permulaan Persekolahan Tahun 2018

1 Januari 2018 (Isnin) - Satu majlis solat hajat untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2018 telah diadakan pada pagi hari ini. Guru dan murid perempuan mengerjakan solat hajat di surau perempuan. Manakala, guru dan murid lelaki menunaikan solat dua rakaat ini di surau lelaki.
 

Lawatan Murid T1 2018 ke PSDHA

2 Januari 2018 (Selasa) - Sempena Minggu Taaruf Murid Tingkatan Satu Tahun 2018, satu siri lawatan ke bilik-bilik PSDHA telah diadakan pada hari ini.