Majlis Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2016

25 April 2016, Isnin - Seramai 4 orang peserta dari sekolah ini telah menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT). Mereka terdiri dari 2 orang guru iaitu Cikgu Razak bin Abd Rahman (GPM), Cikgu Nor Fazilah bt Othman dan 2 orang murid iaitu Mohd Syakirin dan Muhammad Haffiz bin Noor Izatul Azlin. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Hajah Nor Akmal binti Abd Fatah, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Sejumlah 25 buah sekolah menengah dan rendah telah dijemput untuk menghadiri majlis yang amat bermakna ini. Sebelum majlis rasmi berlangsung, semua yang hadir telah mengambil bahagian dalam aktiviti Jom Baca Bersama Untuk 10 minit (Let's Read Together for 10 minutes).

Selamat Datang Pengetua Baharu

18 April 2016, Isnin - Warga SMA Maarif merasa sangat gembira kerana pengetua yang ditunggu-tunggu telah tiba. Tuan Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie telah melapor diri pada hari Rabu, 13 April 2016. Beliau merupakan pengetua yang ke-20 bagi sekolah ini sejak ditubuhkan pada tahun 1942.

MUSMAT Peringkat Akhir 1437H

15 - 16 April 2016 - Sekolah Menengah Agama Maarif telah dipilih sebagai tuan rumah MUSMAT Peringkat Akhir tahun 143H. Seramai 531 orang peserta mengambil bahagian dalam pertandingan kali ke-47 ini. Acara yang dipertandingkan ialah Tilawah, Hafazan, Syarahan BM, Syarahan BI, Syarahan BA, Nasyid, Bahas, Khat dan Kuiz. Peserta terdiri daripada pemenang tempat pertama dan kedua peringkat zon yang telah diadakan dua minggu sebelum ini.