Kejohanan MASMAT Akhir 2017

9 Mac 2017, Khamis - Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu (MASMAT) Peringkat Akhir tahun 2017 telah diadakan di SMA Al-Falah, Kemaman, Terengganu. SMA Maarif, Besut telah menghantar 9 pasukan untuk bertanding dalam edisi ke 47 ini.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

JOHAN (EMAS)
1. Bola Tampar (Perempuan)
2. Badminton Lelaki (Men Rendah - Bawah 15 tahun)

NAIB JOHAN (PERAK)
1. Ping Pong Perempuan (Men Atas - Bawah 18 tahun)
2. Ping Pong Lelaki (Men Atas - Bawah 18 tahun)
3. Ping Pong Lelaki (Men Rendah - Bawah 15 tahun)
4. Sepak Takraw (Men Rendah - Bawah 15 tahun)

TEMPAT KETIGA (GANGSA)
1. Badminton Perempuan (Men Atas - Bawah 18 tahun)
2. Ping Pong Perempuan (Men Rendah - Bawah 15 tahun)
3. Bola Tampar (Lelaki)

Pasukan Sepak Takraw Men Rendah telah tewas tipis dalam perlawanan akhir yang penuh mendebarkan. Pasukan ini telah tewas kepada pasukan dari SMA Mahmudiah, Kuala Berang, Hulu Terengganu dengan kiraan mata 1 - 2. Regu pertama (Muhamad Nur Faiz bin Fazli, Norhafsyam Asyraf bin Abd Wahab dan Muhd Faris Danial bin Zulkifli) tewas 18 - 21, 21 - 14 dan 23 - 25. Namun begitu peluang masih terbuka apabila regu kedua (Muhamad Muqri bin Maliki, Che Ku Muhd Ihsan bin Che Ku Abdullah dan Muhamad Adib Zikri bin Abd Athwah) menang 19 - 21, 21 - 10 dan 21 - 15. Akhirnya, impian untuk muncul menjadi juara terkubur apabila regu ketiga ( Muhammad Shahiran bin Sabri, Muhammad Syamil Iddin bin Mohd Noor dan Wan Adam Iskandar bin Wan Azli) tewas 16 - 21 dan 24 - 25.