Mesyuarat Projek SPM Kali 3

Isnin, 8 Julai 2013 - Mesyuarat Projek SPM Kali 3 diadakan dengan jayanya pada hari ini. Mesyuarat yang bermula pada jam 2.15 petang dan berakhir pada jam 4.15 petang. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, PK Pentadbiran. Antara agenda yang dibincangkan  adalah Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun oleh Ustazah Saripah bt Ismail, Setiausaha Peperiksaan Dalaman. Agenda lain ialah perbincangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini.