Majlis Miftahul Ilmi dan Pelancaran Projek PT3, SPM dan STPM 2016

28 Januari 2016, Khamis - Majlis Miftahul Ilmi dan Pelancaran Projek PT3, SPM dan STPM tahun 2016 telah diadakan hari ini. Majlis yang dihadiri oleh semua guru dan semua calon PT3, SPM dan STPM ini telah diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar.
Majlis yang dimulakan pada jam 9.00 pagi dimulai dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Kemudian diikuti dengan Ucapan Pengerusi Majlis (Ustazah Nurzielah bt Mat Aroff). Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran oleh Abd Wafiq.

Penilaian Anugerah Makmal Komputer Sekolah Terbaik BTPN Terengganu 2015

27 Januari 2016, Rabu - Seramai dua orang Panel Hakim dari BTPN Terengganu telah datang ke sekolah ini untuk menilai Makmal Komputer. Panel Hakim diketuai oleh YM Ku Ahmad bin bin Ku Ibrahim, Ketua Unit, Unit Perkhidmatan ICT BTPN Terengganu.

Majlis Penyerahan CD MBMMBI 2016

26 Januari 2016, Selasa - Satu majlis penyerahan CD MBMMBI 2016 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Tayang. Penyerahan telah dibuat oleh Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media kepada Ustazah Hayati bt Mohamad, Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa. GKMP Bahasa kemudiannya menyerahkan CD BM kepada Cikgu Khuzaimah bt Dato' Haji Ismail, Ketua Panitia BM dan Cikgu Norawati bt Abd Rahman, Ketua Panitia BI.

Mesyuarat Tergempar PSDHA Kali Pertama 2016

26 Januari 2016, Selasa - Satu mesyuarat tergempar guru-guru PSDHA telah diadakan pada jam 8.20 pagi hari ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, Penolong Kanan Pentadbiran. Mesyuarat ini diadakan setelah YM Tuan Shafie bin Tuan Ismail, PTP I, PKG Raja memaklumkan bahawa makmal komputer sekolah ini telah dicalonkan sebagai wakil Daerah Besut dalam pertandingan Pengurusan Makmal Komputer Terbaik Negeri Terengganu Tahun 2015. Penilaian oleh panel hakim akan diadakan pada hari Rabu, 27 Januari 2016.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Cikgu Kahizah bt Abd Kadir, Cikgu Marina bt Muda, Cikgu Nor Hazila bt Mah Hassan, Cikgu Rohani bt Hussain, Ustazah Suziati bt Ibrahim dan Cikgu Zanirariyah bt Mat Junus.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 9.00 pagi.

Mesyuarat AJK Induk PSDHA Kali Pertama 2016

17 Januari 2016, Ahad - Mesyuarat AJK Induk PSDHA Kali Pertama Tahun 2016 telah diadakan pada hari ini. Mesyuarat yang dimulakan pada jam 2.30 petang ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat sekolah. Tuan Haji Mat Zin bin Daud, Penolong Kanan Pentadbiran telah mempengerusikan mesyuarat.

Mesyuarat AJK KoKurikulum Kali 1 Tahun 2016

11 Januari 2016, Isnin - Mesyuarat AJK KoKurikulum Kali 1 Tahun 2016 telah diadakan pada jam 2.30 petang hari ini. Mesyuarat yang dihadiri oleh semua guru ini telah dipengerusikan oleh Encik Sukeri bin Ibrahim, PK KoKurikulum.

Perhimpunan Mingguan Kali Kedua 2016

10 Januari 2016, Ahad - Majlis Perhimpunan Mingguan Kali Kedua tahun 2016 diadakan pada hari ini bertempat di Medan Perhimpunan. Majlis bertambah bermakna dengan kehadiran Encik Azhar bin Musa, Pegawai Agama Daerah, Besut untuk menyampaikan ucapan, merasmikan dan menyampaikan sijil perlantikan watikah perlantikan pengawas BADAR tahun 2016.

Ceramah Maulidur Rasul 1437H

7 Januari 2016, Khamis - Satu ceramah sempena keputeraan Nabi Muhammad SAW telah diadakan pada pagi ini. Ceramah yang disampaikan oleh Haji Mohd Azhar bin Jusoh dari SMK Jabi diadakan di medan perhimpunan sekolah. Semua guru dan murid hadir mendengar ceramah yang diadakan pada jam 7.40 pagi ini.

Majlis Perasmian Penutup Minggu Taaruf Tingkatan 1 Tahun 2016

6 Januari 2016, Rabu - Majlis Perasmian Penutup Minggu Taaruf  Tingkatan 1 Tahun 2016 telah diadakan pada jam 10.30 pagi hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, PK Pentadbiran.

Mesyuarat JKS Kali Pertama Tahun 2016

5 Januari 2016, Selasa - Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) Kali Pertama Tahun 2016 telah diadakan pada jam 2.30 petang ini bertempat di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, PK Pentadbiran.

Kunjungan Penolong Pengarah MAIDAM

4 Januari 2016, Isnin - Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Ismail, Penolong Pengarah, Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan, MAIDAM telah berkunjung ke sekolah ini pada pagi ini. Tujuan kunjungan beliau ialah untuk meninjau proses pendaftaran murid-murid tingkatan 1 tahun 2016. Beliau telah bertemu dan memberi ucapan kepada 163 orang murid baru bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar.

Mesyuarat Khas AJK PSDHA Kali Pertama 2016

3 Januari 2016, Ahad - Mesyuarat Khas AJK PSDHA Kali Pertama Tahun 2016 telah diadakan pada hari ini. Mesyuarat yang dimulakan pada jam 2.30 petang ini telah diadakan di Perpustakaan sekolah. Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media telah mempengerusikan mesyuarat. AJK yang hadir ialah Cikgu Kahizah bt Abd Kadir, Cikgu Norizan bt Yunus, Ustazah Suziati bt Ibrahim, Ustazah Sabina bt Mohd Amin, Ustazah Wan Nor Asiah bt Wan Mahmud, Cikgu Zanirariyah bt Mat Junus dan Cikgu Zaila bt Mat. Agenda utama mesyuarat ini ialah Eksplorasi PSDHA kepada murid-murid tingkatan satu.

Kunjungan Ketua Sektor Pendidikan Islam

3 Januari 2016, Ahad - Warga SMA Maarif merasa sungguh gembira kerana dikunjungi oleh Tuan Haji Md Yusof bin Rahim, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, JPN Terengganu. Beliau diiringi oleh Tuan Haji Wan Ahmad Hasbi bin Wan Jusoh, Penolong Pengarah Operasi j-QAF. 

Hari Pertama Persekolahan 2016

3 Januari 2016, Ahad - Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan tahun 2016. Seperti tahun-tahun sebelumnya, SMA Maarif memulakannya dengan majlis solat dhuha dan solat hajat. Semua guru dan murid mengambil bahagian.