Majlis Persaraan Cikgu Razak

14 Disember 2020 (Isnin) : Kelab Warga, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut, Terengganu telah mengadakan Majlis Persaraan Cikgu Razak bin Abd Rahman bermula pada jam 11.30 pagi hari ini. Majlis yang disertai oleh sebahagian besar guru dan kakitangan sekolah telah diadakan di Primula Cafe, Besut, Terengganu. Cikgu Razak adalah Guru Perpustakaan dan Media sekolah ini.

Majlis Penyampaian Medal

10 Mac 2020 (Selasa) : Majlis penyampain medal kepada pemain bola sepak (Menengah Atas) yang telah muncul sebagai Naib Johan Kejohanan Sukan MASMAT 2020

Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang

16 Februari 2020 (Ahad) : Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang Peringkat Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut disempurnakan oleh Tuan Haji Termezi bin Jusoh, Pengetua.

Perhimpunan Rasmi Minggu Kelapan

16 Februari 2020 (Ahad)

Kejayaan SMA Maarif Peringkat MSSDB 2020

Taklimat Oleh Pengetua

6 Februari 2020 (Khamis) : Pengetua menyampaikan taklimat kepada guru-guru di Medan Ilmu.

Majlis Penyampaian Sijil

6 Februari 2020 (Khamis) : Satu majlis ringkas telah diadakan untuk menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah. Majlis yang diadakan di Medan Ilmu telah disempurnakan oleh Tuan Haji Termezi bin Jusoh, Pengetua.

Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Solat Dhuha

5 Februari 2020 (Rabu) : Pihak Pengurusan Sekolah telah mengambil keputusan agar semua murid membaca surah yaasin, solat hajat dan solat dhuha pada setiap pagi hari Rabu.

Majlis Miftahul Ilmi dan Pelancaran Projek Kecemerlangan STPM, SPM dan PT3 Tahun 2020

3 Februari 2020 (Isnin) : Majlis Miftahul Ilmi dan Pelancaran Projek Kecemerlangan STPM, SPM dan PT3 Tahun 2020 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Awi bin Salleh, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. 

Hari Pertama Persekolahan 2020

1 Januari 2020 (Rabu) : Hari persekolahan tahun 2020 bermula hari ini.