Bengkel Pembinaan Blog


Bengkel Pembinaan Blog untuk Guru Perpustakaan dan Media Peringkat Daerah Besut telah diadakan pada 5 September 2012 di PKG Jerteh. Seramai 25 orang GPM telah menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh Encik Noor Azwari bin Che Mohd Noor dari PKG Langkap, Setiu.

Kursus Pembinaan Blog Siri 1 Tahun 2012


Kursus Pembinaan Blog Siri 1 Tahun 2012 telah diadakan pada 24 - 25 Februari 2012 (Jumaat - Sabtu) bertempat di makmal komputer sekolah. Kursus ini dikendalikan oleh Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media. Seramai 25 orang pelajar ( 20 orang perempuan dan 5 orang lelaki) Pra-Universiti telah dipilih untuk menyertai kursus ini.