Majlis Miftahul Ilmi dan Pelancaran Projek PT3, SPM & STPM 2017

26 Januari 2017, Khamis - Majlis Miftahul Ilmi dan Pelancaran Projek PT3, SPM & STPM 2017 SMA Maarif, Besut telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar, SMA Maarif, Besut. Majlis perasmian program hari ini disempurnakan oleh Tuan Haji Awi bin Salleh, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

SMA Maarif Dilanda Banjir Kilat

25 Januari 2017, Rabu - Hampir semua kawasan SMA Maarif dinaiki air akibat hujan yang turun dari malamnya. Terdapat dua bilik kelas di Blok E turut dinaiki air. Keadaan ini sudah menjadi lumrah apabila hujan turut dengan lebat untuk beberapa jam.

Berita SMA Maarif di Akhbar Utusan Malaysia

24 Januari 2017, Selasa - Nama SMA Maarif disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari ini. Ini berikutan kejayaan yang dicatatkan oleh seorang pelajar sekolah ini, Qathrun Nada binti Ahmad Jafny. Beliau telah dianugerahkan sebagai Pengacara TV PSS Terbaik Negeri Terengganu Tahun 2016 bagi katerogri sekolah menengah.

Anugerah Pembestarian Sekolah 2016 Peringkat Negeri Terengganu

23 Januari 2017 (Isnin) : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah mengadakan Anugerah Pembestarian Sekolah 2016 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Besar, BTPN Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Haji A Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu. Dalam majlis ini, seorang murid SMA Maarif, Qathrun Nada binti Ahmad Jasni telah mendapat anugerah Pengacara TV PPS Terbaik (Kategori Sekolah Menengah).

Wan Muhammad Aminuddin Kebanggaan SMA Maarif

15 Januari 2017, Ahad - Wan Muhammad Aminuddin bin Wan Aziz menjadi kebanggaan SMA Maarif. Pelajar Tingkatan 4 Tirmizi ini merupakan seorang jaguh tinju yang telah beberapa kali muncul sebagai juara peringkat kebangsaan. Kejayaan terbaru ialah beliau muncul sebagai juara Kejohanan Tinju Remaja Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Sik, Kedah pada hujung tahun 2016.

Majlis Pelancaran Lagu Rasmi SMA Maarif

15 Januari 2017, Ahad - Majlis Pelancaran Lagu Rasmi SMA Maarif, Besut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie, Pengetua. Dalam ucapan perasmiannya, tuan pengetua menyatakan bahawa lagu rasmi ini merupakan satu medium untuk membangkitkan semangat seluruh warga SMA Maarif untuk mencapai kecemerlangan dalam segenap bidang.

Pendaftaran Unit-Unit Beruniform

10 Januari 2017, Selasa - Proses pendaftaran ahli-ahli Unit Beruniform SMA Maarif, Besut telah dijalankan secara serentak pada hari ini.

Pengakap Udara

Lawatan Kerja KPP BTPN Terengganu

10 Januari 2017, Selasa - Tuan Haji Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah (KPP), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) telah membuat lawatan kerja ke Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut, Terengganu pada hari ini. Turut serta dalam rombongan ini ialah Tuan Haji Akram @ Amir bin Abdul Majid, Penolong Pengarah (KU UPSP), Encik Badrul Hishan bin Mohd Zin dan Puan Siti Halijah binti Ramli. Kedatangan rombongan pada jam 12.30 tengahari telah disambut oleh Encik Mohd Azami bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM (memangku tugas PK Pentadbiran). Rombongan telah dibawa ke Bilik Pengetua untuk bertemu dengan Tuan Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie, Pengetua. Satu perbincangan dalam pelbagai perkara telah berlangsung. Perbincangan berlangsung dengan penuh mesra dan ceria.

Program Halatuju & Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4 Tahun 2017

Hari : Ahad
Tarikh : 8 Januari 2017
Masa : 9.00 pagi - 2.30 petang
Tempat : Dewan Dato' Bentara Luar, SMA Maarif
Anjuran : UBK SMA Maarif

Hari Pertama Sesi Persekolahan Tahun 2017

1 Januari 2017, Ahad - SMA Maarif, Besut telah memulakan hari pertama sesi persekolahan tahun 2017 dengan mengadakan Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Hajat. Majlis telah diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar kerana hujan. Majlis ini telah dihadiri oleh semua guru dan murid.