SMA Maarif Naib Johan Sepak Takraw Bawah 14

29 Ogos 2015, Sabtu - Pasukan SMA Maarif telah muncul sebagai Naib Johan Kejohanan Sepak Takraw Bawah 14 yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan, MAIDAM. Kejohanan yang berlangsung di SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu telah disertai oleh 10 buah sekolah. Pasukan SMA Maarif, yang dilatih oleh Encik Mohd Kthabi bin Mohd Yusof, kalah tipis kepada SMA Sultan Ismail, Dungun dengan kiraan mata 19 - 21 dan 20 - 22. Dalam peringkat separuh akhir, SMA Maarif telah mengalahkan pasukan SMA Mahmudiah, Kuala Berang 2 - 0. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Nasir bin Tahir, Penolong Pengarah (Bahasa Arab) MAIDAM.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015

27 Ogos 2015, Khamis – Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMA Maarif 2015 telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, PK Pentadbiran pagi ini. Program yang dilangsungkan di Dataran Perhimpunan dihadiri oleh semua guru dan murid. 


Lawatan Penanda Aras Guru-Guru SMA Terengganu.

25 Ogos 2015, Selasa - Seramai 40 orang guru SMA Terengganu telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Sumber Dato' Haji Abbas. Rombongan ini diketuai oleh Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Ismail, Penolong Pengarah (Pendidikan), MAIDAM. Rombongan terdiri daripada 21 orang guru pusat sumber dan 19 orang kaunselor. Turut sama dalam lawatan ini ialah Tuan Haji Mohd Fauzi bin Mustafa, Penyelia HEM (Pendidikan) MAIDAM. Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh kumpulan pengurusan dan guru-guru pusat sumber diketuai oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua.

Kelas Malam Matematik Tambahan

23 Ogos 2015, Ahad - Kelas malam Matematik Tambahan telah diadakan pada jam 8.30 - 10.30 malam ini bertempat di Bilik Tayang 1. Kelas yang dikendalikan oleh Cikgu Razak bin Abd Rahman telah dihadiri oleh semua calon SPM tahun ini. Perbincangan ditumpukan kepada soalan kertas 1.

Perjumpaan Khas

23 Ogos 2015, Ahad - Satu perjumpaan khas diadakan pada jam 7.45 pagi hari ini bertempat di Bilik Pengetua.

Antara yang hadir ialah :
1. Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail (Pengetua)
2. Encik Sukeri bin Ibrahim (PK Kokurikulum)
3. Puan Ani Zawati bt Abd Ghani (PK Tingkatan 6)
4. Puan Hasnah bt Hussein (GKMP Sains dan Matematik)
5. Puan Hayati bt Mohamad (GKMP Bahasa)
6. Puan Rosmawati bt Yaakub (GKMP VOTEKS)
7. Encik Razak bin Abd. Rahman (GPM, Setiausaha PSDHA)
8. Puan Kahizah bt Abd Kadir (Penolong Setiausaha PSDHA)
9. Puan Khuzaimah bt Dato' Haji Ismail

Agenda mesyuarat :

1. Bengkel Sehari Pusat Sumber dan Kaunseling

Jamuan Kesyukuran Raya 1436H

20 Ogos 2015, Khamis - Jamuan kesyukuran raya 1436H telah diadakan pagi ni di bilik guru perempuan. Semua guru dan kakitangan sekolah telah hadir untuk memeriahkan sambutan pada kali ini.

Jamuan Kesyukuran

12 Ogos 2012, Rabu - Satu jamuan kesyukuran diadakan pada pagi ini bermula jam 8.00 pagi. Venue jamuan adalah di Anjung Interaktif KBAT berhadapan dengan perpustakaan. Jamuan ini diadakan sebagai tanda syukur kerana Penilaian APSSK 2015 telah berlangsung dengan baik.

Peperiksaan Percubaan SPM 2015

11 Ogos 2015, Selasa - Peperiksaan Percubaan SPM bagi 135 orang murid sekolah ini bermula hari ini. Peperiksaan dilangsungkan di  Dewan Dato' Bentara Luar.

Penilaian APSSK 2015

6 Ogos 2015, Khamis - Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan (APSSK) 2015 untuk sekolah ini telah dijalankan pada hari ini. Dua orang panel hakim telah hadir ke sekolah ini pada jam 8.30 pagi. Mereka terdiri daripada Encik Zakaria bin Hasan dari BTPN Kelantan dan Tuan Haji Jonaidi bin Osman dari BTPN Pahang.