KESSUMA 2019

Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali ke-20 (KESSUMA) Tahun 2019 telah diadakan pada 15 - 19 Julai 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
SMA Maarif telah mencatat rekod penyertaan. Seramai 20 orang telah terpilih untuk menyertai Kontigen Negeri Terengganu. Mereka terdiri daripada dua orang guru (Cikgu Wan Zaki bin Mahmood - Jurulatih Bola Sepak dan Cikgu Azman bin Muhammad - Jurulatih Bola Tampar (perempuan)), sepuluh orang peserta lelaki dan lapan orang peserta perempuan.