Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu akan menganjurkan pestabuku@PPAT 2019 pada 23 Februari - 2 Mac 2019 bertempat di PPAT, Jalan Hiliran, Kuala Terengganu.
Tujuan penganjuran pestabuku@PPAT 2019 adalah untuk memajukan industri buku, memperkasa minat membaca dalam kalangan murid dan masyarakat serta merealisasikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu. Disamping itu, pesta buku ini akan memberi peluang dan kesempatan kepada murid-murid dan orang ramai memperoleh dan membeli buku-buku baru untuk koleksi peribadi dan perpustakaan.
Sehubungan dengan itu, bagi memberi impak berkualiti tinggi, pihak sekolah diminta mengatur lawatan guru dan murid ke pesta tersebut. Pembelian boleh dilakukan melalui pembelian tunai dan juga pesanan kerajaan (LO).