Perhimpunan Mingguan 19 Jun 2016

19 Jun 2016, Ahad -  Perhimpunan mingguan kali kedua penggal kedua diadakan pada hari ini. Terdapat sedikit kelainan yang dibuat oleh Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie, Pengetua. Semua guru diminta memakai kot @ blazer. 
Fokus ucapan pengetua adalah keselamatan murid di sekolah, di asrama, semasa datang, semasa pulang dan semasa mengikuti kelas tambahan malam. 

Pengetua juga memperkenalkan seorang lagi guru baru yang bertukar dari Sabah. Beliau ialah Ustaz Ruslimi bin Zakaria, yang telah dijemput untuk memberi ucapan kepada murid-murid.