Ujian Kemasukan ke Tingkatan 1 Tahun 2016

9 Disember 2015, Rabu - Ujian untuk kemasukan ke tingkatan 1 tahun 2016 telah diadakan pada  hari ini. Seramai 360 orang calon telah hadir daripada 449 orang yang memohon. Tempat yang ada hanyalah 170 sahaja. Ujian telah diadakan di Dewan Dato' Bentara Luar dan 5 buah kelas. Ujian selam 1 jam 30 minit ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi.