LADAP - Transformasi Maarif Baharu dan Bengkel Pelan Strategik 2016 - 2020

13 Disember 2015, Ahad - Latihan Dalam Perkhidmatan untuk guru-guru SMA Maarif, Besut telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Dua orang penceramah telah dijemput untuk mengendalikan latihan kali ini. Mereka ialah Encik Ahmad Satmi bin Salleh, SIPartner PPD Besut dan Tuan Haji Abdul Wahab bin Mohd Arshad, Pengetua, SM Imtiaz Besut.