SMA Maarif Naib Johan Sepak Takraw Bawah 14

29 Ogos 2015, Sabtu - Pasukan SMA Maarif telah muncul sebagai Naib Johan Kejohanan Sepak Takraw Bawah 14 yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan, MAIDAM. Kejohanan yang berlangsung di SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu telah disertai oleh 10 buah sekolah. Pasukan SMA Maarif, yang dilatih oleh Encik Mohd Kthabi bin Mohd Yusof, kalah tipis kepada SMA Sultan Ismail, Dungun dengan kiraan mata 19 - 21 dan 20 - 22. Dalam peringkat separuh akhir, SMA Maarif telah mengalahkan pasukan SMA Mahmudiah, Kuala Berang 2 - 0. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Nasir bin Tahir, Penolong Pengarah (Bahasa Arab) MAIDAM.