Simulasi Penghakiman Kali Pertama APSSK 2015

Simulasi Penghakiman Kali Pertama APSSK 2015 telah diadakan di sekolah ini pada hari Khamis, 7 Mei 2015. Antara mereka yang hadir ialah Encik Atip bin Ali, Ketua Pustakawan, PPDSNZ, UMT, Encik Abd Rahim bin Alias, Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Mohd Shahrulnizam bin Zuraimi, Pustakawan Kanan (Panel Hakim), Encik Ramli bin Ismail, PTP I, PKG Paka (Hakim APSSK 2014 - Panel Hakim), Tuan Haji Akram @Amir bin Abdul Majid, Ketua Unit, UPSP, BTPN Terengganu, Encik Amir bin Hamzah dan Puan Roshaliza binti Abdul Wahab dari UPSP, BTPN Terengganu. Mereka diiringi oleh YM Tuan Shafie bin Tuan Ismail, PTP I, PKG Raja dan Encik Che Lah bin Hamat, PTP II, PKG Raja.

Selepas majlis sambutan di pintu utama sekolah, tetamu, pengurusan sekolah dan AJK Pusat Sumber Dato' Haji Abbas menghadiri majlis bergambar di medan perhimpunan.