Sambutan Hari Guru 2015


Sambutan Hari Guru Peringkat SMA Maarif, Besut telah diadakan pada hari ini, Isnin, 18 Mei 2015. Sambutan pada tahun ini dimulakan dengan Majlis Solat Sunat (Dhuha dan Hajat) di Medan Perhimpunan. Kemudian diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan Majlis Tahlil.

Sambutan diteruskan dengan bacaan Perutusan Hari Guru. Encik Nasruddin bin Mat Hassan telah tampil ke pentas untuk membaca perutusan dari Tuan Haji Safruddin bin Ali Husin, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu. Encik Sukeri bin Ibrahim, GPK Koku membaca perutusan dari Ketua Pengarah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala Tuan Haji Mat Zin bin Daud, GPK Pentadbiran membaca perutusan daripada YAB Dato' Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu. Majlis diakhiri dengan pembacaan perutusan dari YAB Tan Sri Mahyyidin bin Yasin, Menteri Pendidikan Malaysia oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Haji Ismail, Pengetua.

Sambutan diteruskan lagi dengan acara Sukaneka. Acara pertama yang dipertandingkan ialah Bowling Kelapa. Kemudian diikuti dengan acara Rebut Kerusi.