Lawatan Penanda Aras dari SMA Tengku Amalin A'ishah Putri, Kota Bharu, Kelantan

15 Februari 2016, Isnin - Seramai 12 orang guru dan 50 orang murid dari SMA Tengku Amalin A'ishah Putri, Kota Bharu, Kelantan telah membuat lawatan penanda aras ke sekolah ini. Rombongan ini diketuai oleh Puan Hajah Zakiah binti Abd Kadir, Pengetua.
Maklumat lanjut mengenai lawatan ini boleh dilayari dialamat lpasmataap.blogspot.my

Kursus eSPKWS Zon Kota Putera

Kursus Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kewangan Sekolah (eSPKWS)  Zon Kota Putera, Besut telah dijalankan pada 14 - 15 Februari 2016 bertempat di Makmal Komputer, SMA Maarif, Besut. Seramai 27 orang  peserta yang terdiri daripada Ketua Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir Kewangan dan Penyelia Asrama telah menghadiri kursus ini yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Besut.

LADAP Guru-Guru Bahasa Arab 2016

6 Februari 2016, Sabtu - Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Guru-Guru Bahasa Arab SMA Maarif, Besut telah diadakan pada hari ini bertempat di Institut Latihan Islam Wilayah Timur (ILTIM) Bukit Keluang, Besut, Terengganu.

Lawatan Penanda Aras, SMK Belara, Kuala Terengganu

4 Februari 2016, Khamis - Hari ini Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, SMA Maarif telah menerima kunjungan dari SMK Belara, Kuala Terengganu. Rombongan yang dianggotai oleh 7 orang guru dan 10 orang murid ini diketuai oleh Hajjah Aniah bt Mohamad, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains. Rombongan telah selamat tiba pada jam 10.30 pagi dan disambut oleh guru-guru dan murid-murid yang telah ditugaskan.

Maklumat lanjut tentang lawatan ini boleh didapati dengan melayari blog khas dialamat http://lpasmkbelarakt.blogspot.my

Mesyuarat Khas Lawatan Penanda Aras Kali Pertama 2016

2 Februari 2016, Selasa - Mesyuarat Khas Lawatan Penanda Aras Kali Pertama Tahun 2016 telah diadakan pada hari ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Azami bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM telah diadakan pada jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat sekolah. Mesyuarat ini diadakan untuk persediaan Lawatan Penanda Aras dari SMK Belara, Kuala Terengganu pada hari Khamis, 4 Februari 2016.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.50 petang.