Kursus Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kewangan Sekolah (eSPKWS) Zon Kota Putera, Besut telah dijalankan pada 14 - 15 Februari 2016 bertempat di Makmal Komputer, SMA Maarif, Besut. Seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir Kewangan dan Penyelia Asrama telah menghadiri kursus ini yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Besut.