Cikgu Marina Kembali Ke Rahmatullah

1 April 2018 (Ahad) - Warga SMA Maarif, Besut merasa amat sedih kerana salah seorang guru sekolah ini, Cikgu Marina binti Muda telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 tengahari.Solat jenazah telah diadakan selepas solat fardhu isyak di Masjid Nasiruddin Shah, Kampung Raja dengan dihadiri lebih daripada 500 orang. Mereka terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan, murid-murid dan ahli jemaah masjid ini. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja.

Catatan Facebook:

Catatan 1
Semoga syurga buatmu guruku Marina Muda.
Alfatihah.
Latifah Ilyana Ibrahim - bekas pelajar
Catatan 2

Kami anak2 didik beliau bersaksi bahawa beliau seorang yang baik dan jujur dengan amanahnya. Engkau Rahmatilah beliau jadikan ilmu kami hari ini kebaikan yang berterusan  yang membolehkan mizan beliau memihak kepada SyurgaMu ya Rabb.
Muhamad Bismiey - bekas pelajar

Catatan 3
Hari ni arwah dikenang sebagai seorang ibu kepada anak2nya.. seorang guru kepada murid2nya... sebagai rakan sejawat di tempat kerja... sebagai rakan di sekolah rendah yang sama.
dan aku mengenang arwah sebagai rakan di asrama SS..sebagai teman yang berkerja di daerah yang sama.. dan sebagai seorang pesakitku.
.. merisik result biopsy sebelum arwah mengetahuinya. Tak terkata.. tatkala diberitahu diagnosis arwah. Mengalir air mata.
... tetapi arwah seorang yg sangat tabah melawan penyakit dan kompllikasi rawatan. Itulah yang aku mampu lakukan... supaya arwah sentiasa menuruti nasihat doktor dan jadual rawatan.
...namun amat terkilan... tidak sempat berjumpa... bersama disaat2 akhir hayat arwah.

Ya Allah
Ampunilah dosa2nya...
Tempatkanlah arwah bersama para solehin.
Noor Akma Hassan

Catatan 4


Cikgu ku dulu
Pengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup
Perdagangan
Kini tiada lagi
Sama2 sedekah al fatihah.
Naim Safaruddeen - bekas pelajar