Selamat Datang Pengetua Baharu

18 April 2016, Isnin - Warga SMA Maarif merasa sangat gembira kerana pengetua yang ditunggu-tunggu telah tiba. Tuan Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie telah melapor diri pada hari Rabu, 13 April 2016. Beliau merupakan pengetua yang ke-20 bagi sekolah ini sejak ditubuhkan pada tahun 1942.
Pada hari ini, pengetua mempunyai aturcara yang padat:

7.20 pagi - Sambutan rasmi di pintu utama sekolah

7.30 pagi - Pengetua bersama murid-murid di Medan Perhimpunan


8.00 pagi - Mesyuarat Pengurusan di Bilik Pengetua

10.00 pagi - Perjumpaan dengan kumpulan sokongan di Bilik Mesyuarat

2.30 petang - Perjumpaan dengan guru-guru di Bilik Mesyuarat.