Majlis Persaraan Ustazah Rabiah dan Cikgu Wan Ainon

31 Mac 2016, Khamis - Majlis persaraan dua orang guru sekolah ini telah diadakan pada jam 12.00 tengahari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Ustazah Rabiah bt Abd Ghani bersara wajib pada usia 58 tahun. Manakala Cikgu Wan Ainon bt Wan Awang bersara pilihan. Kesemua guru dan murid telah hadir untuk meraikan majlis persaraan mereka berdua.

Aturcara majlis :
1. Perarakan masuk tetamu yang diraikan
2. Ucapan Pengerusi Majlis (Ustazah Nurzielah bt Mat Aroff)
3. Bacaan doa oleh Sheikh Mahmud Ibrahim Ali Munufi
4. Ucapan Puan Wan Ainon bt Wan Awang
5. Ucapan Puan Rabiah bt Abd Ghani
6. Ucapan Haji Mat Zin bin Daud, PK Pentadbiran
7. Tayangan Multimedia (Cikgu Razak bin Abd Rahman)
8. Memotong Kek Hari Jadi Ustazah Rabiah bt Abd Ghani
9. Penyampaian Cenderahati
10. Jamuan makan tengahari