Lawatan Penanda Aras SESMA dan SM Teknik Kuala Terengganu

15 September 2015, Selasa - Pada hari ini SMA Maarif menerima dua rombongan yang membuat lawatan penanda aras. Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (SESMA) dan Sekolah Menengah Teknik, Kuala Terengganu. Rombongan dari SESMA diketuai oleh Puan Asmal binti Ramli, Kaunselor. Sementara Puan Hajjah Madihah bt Mohd Rashid, GPM mengetuai rombongan dari SM Teknik, Kuala Terengganu. Rombongan telah selamat sampai pada jam 11.30 pagi.

Maklumat lanjut tentang lawatan ini boleh dilayari dialamat lpasesma.blogspot.com dan lpasmtktrg.blogspot.com