Kunjungan Ketua Sektor Pendidikan Islam

3 Januari 2016, Ahad - Warga SMA Maarif merasa sungguh gembira kerana dikunjungi oleh Tuan Haji Md Yusof bin Rahim, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, JPN Terengganu. Beliau diiringi oleh Tuan Haji Wan Ahmad Hasbi bin Wan Jusoh, Penolong Pengarah Operasi j-QAF. 
Dalam ucapan, beliau menasihatkan murid-murid supaya sentiasa taat kepada guru. Murid-murid juga perlu belajar bersungguh-sungguh untuk menghadiah kejayaan yang terbaik kepada kedua ibubapa dan guru. Beliau menyarankan agar setiap orang murid menyediakan buku catatan dan pen semasa menghadiri sesuatu majlis. Tuliskan isi-isi penting supaya boleh dirujuk pada masa akan datang. Beliau juga meminta guru supaya menjadi Guru 5M. (Muaalim, Mudaaris, Murabbi, Muaddib, Mursyid)