Peperiksaan SPM 2015

2 November 2015, Isnin - Peperiksaan SPM tahun 2015 bermula hari ini. Mata pelajaran pertama ialah Bahasa Melayu. Mata pelajaran terakhir bagi calon sekolah ini ialah Ekonomi Asas yang akan berlangsung pada hari Rabu, 2 Disember 2015. Seramai 132 calon menduduki peperiksaan yang penting ini. Mereka terdiri daripada 24 orang Aliran Sains Tulen, 43 orang Aliran Prinsip Perakaunan dan 64 orang Aliran Ekonomi Asas.